Tak Kenal…Memang Tak
Cinta!
Seperti mana ungkapan di atas itulah yang nak saya citer
pada kekawang semua.
Al kisah bermula bila bebudak Intitut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan Besut@IPGKSM(tempat keja saya) buat program pendidikan luar
ke Kuala Lumpur.Saya yang bekerja sbg Pembantu Makmal diminta menjadi pengiring
bersama tutor mereka,kebetulan takde urusan ikut je lah.tanya bebudak mana nk
pegi ? katanya roadtour kilang Yakult.Apahal la budak2 nih takde tempat lain
ke...ye lah minuman budak2.Pada hari kejadian tersesat ntah berapa kali pusing
bandar Seremban tuh baru jumpa kilang Yakult.Kat sini la baru saya sedar bagai
si buta mendapat mata.oooooooo melopong masing2 mendengar taklimat dari pegawai
pompuan hari tuh rupa2nya banyak betul kebaikan Yakult kepada manusia bukan
setakat air minuman yang menghilang dahaga.
Anak saya suka beli jenis air kultur
ni kalu masuk pasaraya mmg beli punya tetapi semenjak itu keluarga saya membeli
jenama Yakult setelah mengetahui khasiat nya.Cuma masalahnya ahli kuarga saya
ramai,tak boleh nak maintain 2 sehari,smiggu sekali mesti belilah,Tapi...kalau
anak2 saya tak sihat saya akan beri lebih kerap kepada anak2 yang tidak sihat
itu.Saya rasa Yakult boleh mempercepatkan penyembuhan anak saya dari demam atau
selsema.Kalau sembelit atau cirit-birit lagi lah berkesan.Suami saya selalu
jugak sembelit bila saya berikan Yakult masalahnya selesai.Masalah saya pula
penyakit medu saya selalu membuatkan
perut kembung atau angin satu badan,tak boleh salah makan sikitpon tp
saya ada caranya sekarang kalau kembung cepat2 saya pegi beli Yakult ,lepas
makan sebotol jer perut saya beransur-ansur lega.Ini kisah benar pada diri saya
mungkin orang lain ,lain pulak kejadiannya.Disini saya kongsikan sedikit info
pasal Yakult untuk anda semua .
Kelebihan Yakult:
- Di asaskan oleh orang Jepun bernama Dr.Minoru Shirota(1899-1982)beliau
seorang pakar mikrobiologi.setelah menjalankan kajian keatas 300 spesis
bakteria ,satu sahaja iaitu Lactobacillius yang mempunyai tahap survival
dan ketahanan yang tinggi lalu dinamakan sempena beliau Lactobacillius
Casei Shirota.Selepas itu minuman yakult diciptakan dengan penuh kebaikan.
- Setiap botol mengandungi 3 billion bakteria baik namun hanya beberapa
puluh ribu shj yang dapat melepasi laluan usus yang terlalu berasid.Sebab
itulah kita dinasihatkan minum yakult selepas makan kerana perut waktu itu
kurang berasid kerana sedang mencernakan makanan..
- Berpuluh2 kajian yang telah dilakukan oleh pakar2 dan terbukti
pengambilan yakult boleh merawat penyakit2 berkaitan usus dan perut.Malah
sekarang kajian sedang dijalankan ke atas penyakit kanser payudara.
- Anda boleh melawati laman Yakult www.yakult.com.my
untuk mengetahui lebih lanjut kisah yakult dan kejayaannya merawat penyakit.Mencegah
itu lebih baik dari mengubati.Sambil minum kita boleh merawat
penyakit.Cukup mudah untuk di lakukan.Kalau anda ada sedara mara yang ada
penyakit berkaitan usus,penghadaman atau perut cubalah amalkan yakult tapi
jangan harapkan minum 10 botol anda akan teruS sembuh kalau tahap penyakit
anda pada tahap serius.
Sungguhnya roadtour ke yakult hari itu cukup
berbaloi-baloi walaupun setelah sesat 2-3 kali keliling bandar.
www.yakult.com.my
Ulasan
Catat Ulasan