40
kelebihan wanita islam.
- Doa wanita lebih dimakbulkan daripada
lelaki kerana sifat penyayang mereka.Sabda Rasulullah saw “ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
- Wanita solehah
lebih baik daripada 70 lelaki solehah.
- Sesiapa yang
menggembirakan anak perempuannya ,pahalanya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah swt dan orang yang takut kan Allah akan
diharamkan api neraka ke atasnya.
- Barang siapa yang
membawa hadiah(barang makanan ke rumah),maka pahalanya seperti
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki.Barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak nabi Ismail a.s.
- Wanita yang
tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku didalam syurga.
- Barangsiapa
yangmempunyai 3 anak prm atau 3 saudara prm atau 2 anak prm atau 2 saudara
prm,lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mrk dan mendidik mrk
dengan penuh takwa serta bertgjwb,maka baginya adalah syurga.
- Daripada Aisyah
r.a ”barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak prmnya,lalu
dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya
dari api neraka.
- Syurga itu
dibawah telapak kaki ibu.
- Apabila
memanggil kedua orang ibu bapa mu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
- Wanita yang
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka,maka terbuka
lah pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu syurga tanpa dihisab.
- Wanita yang taat
akan suaminya,semua ikan-ikan dilaut,burung-burung dilangit,malaikat
dilangit,matahari dan bulan,semuanya beristighfar baginya selama mana ia
taat kepada suaminya,menjaga solat dan puasanya.
- Aisyah r.a
berkata” aku bertanya rasulalla saw,siapakan yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda suaminya.Siapakah yang berhak kepada
lelaki?jawab rasulallah saw,ibunya.”
- Perempuan
apabila ia solat 5 waktu,puasa dibulan ramadan,memelihara kehormatan dan
taat kepada suami ,maka masuklah ia kedalam syurga melalui pintu-pintu
mana yang dikehendaki.
- Tiap-tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(20,000
tahun).
- Apabila
seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para
malaikat untuknya.Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000
kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
- Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah swt mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah swt.
- Apabila seorang
perempuan melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
- Apabila telah
lahir anak dan disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya
diberikan satu kebajikan.
- Apabila
semalaman ibu taidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit.maka Allah
swt memberikan pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah swt.
- Seorang wanita
solehah lebih baik daripada 70 orang wali Allah swt.
- Seorang wanita
yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.
- dua rakaat solat
wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
- Wanita yang
memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan
mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
- wanita yang
melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih
akan akan dapat pahala jihad.
- Wanita yang
melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya
dengan kasih sayang akan dipandang Allah swt dengan pandangan rahmat.
- Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar berjuang pada jalan Allah swt dan beliau
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun awal dari suaminya
dan akan menjadi ketua 7000 malaikat dan bidadari dan wanita itu
dimandikan didalam syurga,dan menunggu suaminya sambil menunggang kuda
yang diperbuat daripada yakut.
- Wanita yang
tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan di
ampunkan oleh Allah swt seluruh dosa-dosanya dan bila dia menghibur
anaknya maka Allah swt akan memberi pahala 12 tahun ibadat.
- Wanita yang
memerah susu binatang dengan bismillah akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
- Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah,Allah swt akan berkati rezekinya.
- Wanita yang
menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai
di Baitullah.
- Wanita yang
hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan ibadat pada malam
hari.
- Wanita yang
bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa manakala setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah swt mengurniakan satu pahala haji.
- Sekiranya wanita
mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dianggap sebagai mati
syahid.
- Jika wanita
melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
- Jika wanita
menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat-malaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Jika wanita
memberi susu badanya kepada anak nya yang menangis,Allah swt akan memberi
satu tahun pahala solat dan puasa.
- Jika wanita
memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suaminya bila disuruh akan mendapat 7 tola perak.
- Wanita yang
meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
- Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
- Semua orang akan
dipanggil melihat wajah Allah swt di akhirat kelak,tetapi Allah swt akan
datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu pemakaian
purdah didunia ini dengan istiqamah.
BERSYUKURLAH KERANA ALLAH SWT MENJADIKAN ANDA WANITA.....
Ulasan
Catat Ulasan