Bukit Keluang
Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para
pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Selain
itu, para pengunjung ke Kuala Besut juga berpeluang untuk mendapat pengalaman
menarik dari aktiviti-aktiviti pilihan tersendiri seperti memancing, bermain
wau dan lain-lain lagi.
Tempat ini terletak 4 km dari Pekan Kuala Besut. Boleh dilawati melalui
jalan darat sama ada teksi dari Kuala Besut atau Jerteh. Melalui jalan dari
Kuala Besut ke Jerteh, terdapat sebuah pintu gerbang pada laluan tepi jalan
untuk ke sana.
Pantai Bukit Keluang yang terletak kira-kira 19 km dari Bandar Jerteh juga
merupakan salah sebuah Pusat Peranginan yang utama di daerah ini. Ianya juga
sama sebagaimana pantai-pantai lain yang terdapat di Besut yang menjadi sumber
tarikan semulajadi dan tersendiri dengan pasir pantai yang bersih dan bukit
yang tersergan megah itu.
Disini, terdapat banyak kemudahan seperti rumah rehat, restoran, tandas
awam, wakaf untuk berehat dan lain-lain lagi. Kehijauan hutan yang belum
terusik mendamaikan mata yang memandang. Pantainya yang bersih dan lautan yang
kebiruan selain keindahan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari kejauhan,
menjadikan destinasi pelancongan ini begitu terkenal bagi para pengunjung.
Keindahan tempat ini juga menjadi tarikan bagi mereka yang melakukan
aktiviti penggambaran filem ataupun drama televisyen. Tidak sah sekiranya
berkunjung di sini tanpa menikmati pemandangan indah dari puncak tangga Bukit
Keluang.
Pondok-pondok kecil dibina untuk memudahkan orang ramai untuk berehat
sambil menghirup udara segar disini.
Gunung Tebu
Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Terengganu,
Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian 1,039 meter dan Gunung Tebu
mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Dengan
berlatarbelakangkan Laut China Selatan, keindahan Pulau Perhentian dapat
dilihat dari Puncak Gunung Tebu jika tidak berkabus tebal.
Keunikan Gunung Tebu ialah di puncaknya terdapat sebuah kubur dan tempat
yang menjadi pilihan pesilat-pesilat untuk bertapa. Lokasi Gunung Tebu terletak
di Hutan Lipur Lata Belatan iaitu 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalan Raya
Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan
lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar
Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari Pekan Jertih, kita terus menuju ke Kampung
Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.
Hutan Lipur Lata Belatan, adalah titik permulaan untuk mendaki Gunung Tebu.
Di sini terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu
mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang
dikenakan bayaran sebanyak RM5 sebagai permit mendaki.
Disini juga para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti
berkhemah dan bersiar-siar. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah
gerai-gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.
Kolam
Air Panas La
Kawasan air hangat ini
terletak di pendalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih
Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan La
Hot Spring telah
dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena
perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.
Pusat
rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan
pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam
semulajadi.
Pengunjung
berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan
terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan.
Air
hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "SULFUR" atau belerang
dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk
mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi. Di sini juga terdapat Wadding
Pool bekas air hangat
(thermos).
Selain
itu, air hangat buatan juga dibina selain kolam seperti spa bagi memudahkan
orang ramai untuk menikmati kehangatan air hangat buatan ini secara
persendirian. Di sini, pengunjung yang datang tidak pernah berkurang kerana
setiap masa dikunjungi. Tarikan utama adalah air hangat semulajadi yang menjadi
kepercayaan masyarakat yang dapat menyembuhkan penyakit selain mendapatkan
kesegaran tubuh badan.
La
Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat,
musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.
Lata
Belatan
Lata
Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu dalam kawasan Pentadbiran
Hutan Terengganu Utara.Ianya merangkumi kawasan seluas 20 hektar dan terletak
kira-kira 15 kilometer ke selatan bandar Jerteh atau 103 kilometer dari bandar
Kuala Terengganu.
Bagi
tujuan keindahan semulajadi, seluruh kawasan dalam kompatmen 49 dan 50 dengan
keluasan lebih kurang 403 hektar yang meliputi kawasan hutan lipur ini telah
dikekalkan. Hutan
lipur telah dimajukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985.
Kawasan
Hutan lipur Lata Belatan terdiri dari hutan asli jenis hutan Pamah Diptercorp.
Ianya kaya dengan pokok-pokok jenis Diptercarp seperti Meranti dan Keruing yang
melebihi 50% daripada komposisi hutan. Jenis-jenis bukan Diptercorp yang terdapat
disini ialah Nyatoh, Kelat, Mersawa, Rengas, Kedondong dan lain-lain.
Manakala
dikawasan berbukit tinggi menghala ke puncak Gunung Tebu, terdiri daripada
jenis Meranti, Balau Laut Merah. Dikawasan lereng-lereng bukit yang curam
jenis-jenis yang lazim terdapat disini ialah Meranti Seraya, campuran Meranti
Keruing dan juga sedikit jenis konifer seperti Podo dan Damar Minyak.
Pembangunan
Hutan Lipur Lata Belatan adalah berdasarkan pengurusan berkekalan dimana
pembangunan yang dilaksanakan adalah berharmoni dengan alam sekitar. Konsep
pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan ini ialah "Forest Camping
Holiday".
Bagi
mengekalkan keindahan semulajadi dan kejernihan air yang mengalir, 49 dan 50
dengan keluasan 403 hektar telah kekal di bawah pengelasan Hutan Rekreasi.
Diantara
aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan disini ialah berehat sambil menikmati
suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama
keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).
Bagi
mereka yang ingin cabaran dan merasai suasana pengembaraan hutan yang lebih
bermakna, bolehlah mendaki ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter
dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai
kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan
gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi
keunikan kawasan ini.
Kemudahan
yang disediakan disini ialah gerai makan, tandas awam, surau, pondok rehat,
jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.
Lata
Tembakah
Terletak
di Hutan Simpan Pelagat dalam Daerah Besut. Ianya merangkumi kawasan seluas 300
hektar dan terletak kira-kira 24 km dari Jerteh dan 130 km dari Bandar Kuala
Terengganu.
Kawasan
hutan lipur ini mula dimajukan dalam tahun 1987 dan menjadi tarikan
pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa
keistimewaan yang terdapat disini seperti tumbuh-tumbuhan semulajadi, sungai
yang bersih, air terjun yang menarik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat
sesuai untuk tujuan untuk perkelahan bersama keluarga.
Di
sini amat popular sebagai destinasi untuk menjalankan aktiviti perkhemahan.
Setiap hujung minggu ataupun cuti sekolah, tempat ini tidak pernah sunyi kerana
sentiasa dihidupkan dengan kem kesedaran bina insan, jati diri,pengakap, kadet
polis dan lain-lain lagi.
Lata
Tembakah menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk setempat malah mereka yang
tinggal di luar kawasan Besut. Jambatan gantung yang disediakan selain air
terjun dan batu batan yang cantik sememangnya cukup menyejukkan mata yang
memandang.
Pantai
Air Tawar
Secara
amnya tarikan pantai merupakan sumber aktiviti pelancongan yang utama di Daerah
Besut. Antara pantai-pantai sedia ada yang menjadi tumpuan pelancong dan
pelawat ialah Pantai Air Tawar, Pantai Bukit Keluang dan Pantai Dendong.
Antara
aktiviti yang dijalankan di pantai-pantai tersebut adalah seperti perkelahan,
mandi-manda dan bersiar-siar di persisiran pantai. Kawasan peraginan ini
sebenarnya sudah lama wujud dan sentiasa dikunjungi oleh penduduk tempatan pada
setiap petang dan hujung minggu ataupun pada musim cuti.
Di
sini terdapat kemudahan seperti hotel, chalet, pondok telefon, gerai-gerai
makanan, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain.
Pada
setiap tahun kawasan peraginan ini sentiasa diadakan Pesta Kebudayaan dan
Kesenian bagi menyambut kedatangan para pelancong kesini.
Pantai
Air Tawar terkenal dengan keindahan pantainya dan tidak begitu asing lagi bagi
penduduk setempat. Dengan kemudahan yang ada, ia kerap menjadi destinasi
percutian keluarga selain menjadi tempat pilihan untuk menjalankan aktiviti
kebudayaan dan sebagainya. Kemudahan astaka yang disediakan memudahkan pelbagai
aktiviti dapat dilaksanakan.
Pantai
Dendong
Pantai
Dendong sebagai Bandar Bistari yang melibatkan kawasan seluas 1,600 hektar
dalam keadaan semulajadi serta kedudukan yang strategik dalam lingkaran
pelancongan persisiran pantai.
Komponen
warna kehijauan dedaun dengan warna keemasan pepasir sudah cukup untuk
menenangkan jiwa yang menikmatinya. Disini juga terdapat sebuah bukit yang amat
menarik pandangan pelancong. Di sini, turut disediakan pelbagai kemudahan untuk
para pengunjung. Keindahan pantainya amat mengasyikkan sesiapa sahaja selain
masih mengekalkan kehijauan.
Selain
Pantai Air Tawar, Pantai Dendong juga menjadi destinasi percutian ataupun
beriadah bersama-sama keluarga dihujung minggu. Sementelah jarak antara
kedua-dua destinasi perkelahan ini tidak jauh dan mempunyai tarikan
masing-masing.
Pulau Perhentian
Latarbelakang
Pulau
Perhentian terletak lebih kurang 10.8 batu nautika (20 km) ke Timur Laut Kuala
Besut. Pulau ini terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Besut.
Gugusan
Pulau Perhentian merangkumi:
a) Pulau Perhentian Besar
b) Pulau Perhentian Kecil
c) Pulau Susu Dara dan pulau-pulau kecil yang lain.
a) Pulau Perhentian Besar
b) Pulau Perhentian Kecil
c) Pulau Susu Dara dan pulau-pulau kecil yang lain.
Keluasan
keseluruhannya adalah 1, 392.15 hektar. Terdapat kawasan pantai berpasir yang
agak luas walaupun secara keseluruhannya diliputi oleh kawasan berbukit dan
tebing di mana boleh mencapai setinggi 70 km hingga 300 km.
Kemudahan
Awam Dan Infrastruktur
Hampir
kesemua kemudahan awam terdapat di kawasan penempatan penduduk iaitu di Pulau
Perhentian Kecil. Antara kemudahan yang disediakan ialah tadika, sekolah
rendah, masjid, balairaya, pondok polis, klinik kesihatan, wakil pos, bomba
rakyat, kawasan perkuburan, kedai Mara 2 tingkat dan perkedaian.
Kemudahan
lain yang disediakan ialah Jeti awam di Teluk Pauh, Teluk Keke dan Jeti Utama
di kawasan perkampungan. Bersesuaian dengan status perairan Pulau Perhentian
sebagai Taman Laut pula, Jabatan Perikanan telah membina sebuah Pusat Taman
Laut bagi menempatkan kakitangan untuk mengawal pengairan di samping menyedia kemudahan
informasi.
Keadaan
Semasa
Gunatanah
Utama Pulau Perhentian ialah penempatan pelancongan dan kawasan hutan. Terdapat
hanya sebuah kawasan penempatan iatu di kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian
Kecil. Kawasan penempatan ini seluas 9.87 hektar. Penempatan ini telah telibat
dengan Program Penyusunan Semula Kampung nelayan Tradisional. Melalui program
ini, pembinaan rumah dilaksanakan secara lebih teratur. Jumlah penduduk di
Pulau Perhentian ialah kira-kira 1,300 orang dengan hampir 80% terlibat dengan
sektor pelancongan, 20% di sektor awam dan perniagaan runcit.
Kawasan-kawasan
pelancongan tertumpu di sekitar Teluk Pauh, Pasir Jong, Teluk Keke dan Teluk
dalam di Pulau Perhentian Besar, manakala di Pulau perhentian Kecil tertumpu di
Pasir Panjang, Teluk Kerma, Teluk Aur serta di beberapa tempat di pantai
sebelah timur.
Sebahagian
besar di kedua-dua pulau ini masih diliputi hutan dara dengan spesis pokok
seperti Cengal, Balau, Bitangor Laut, Kelat Laut dan Rhu.
Laut
di sekitar pulau pula terdapat batu karang terutamanya di Pantai Tiga Ruang,
Teluk Dalam, Tanjung Tukas laut, Teluk Kerma dan di kawasan perairan antara
Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Mengikut kajian yang
dijalankan, lima puluh spesis batu karang telah ditemui di sekitar Pulau
Perhentian. Di sesetengah tempat pula boleh didapati dua puluh jenis batu
karang lagi setiap 200 meter persegi kawasan laut.
Selain
itu enam pantai berpasir di Pulau Perhentian juga menjadi tumpuan Penyu Karah
dan Penyu Agar bertelur iaitu di Tanjung Gantung dan Pasir Pengalau di Pulau
Perhentian Kecil juga di Pasir Tiga Ruang, Tanjung Tiga Ruang, Tanjung Tukas
Laut dan Tanjung Pinang Seribu di Pulau Perhentian Besar. Terdapat juga spesis
burung layang-layang (Walet) yang membuat sarang burung di gua-gua sekitar
Teluk Batu Tabir dan Gua Buaya.
Bekalan Air
Punca utama bekalan air
di Pulau Perhentian adalah dari air bawah tanah iaitu dari Teluk Dalam Pulau
Perhentian Besar. Perkhidmatan bekalan air SATU hanya tertumpu di kawasan
petempatan di Pulau Perhentian Kecil. Bagi pusat-pusat pelancongan lain
mendapat bekalan air dari bawah tanah di sekitar kawasan masing-masing. Secara keseluruhan bekalan air tidak mencukupi terutama di musim kemarau.
Bekalan
Elektrik
Bekalan
elektrik TNB juga hanya terdapat di kawasan petempatan di Pulau Perhentian
Kecil dengan perkhidmatan 24 jam. Bagi kawasan pelancongan, bekalan elektrik
adalah menggunakan "Janakuasa Persendirian" dan kebanyakannya tidaka
dapat menyediakan bekalan elektrik 24 jam.
Sistem
Pengangkutan
Sistem
pengangkutan laut dengan bot adalah nadi utama pengangkutan di antara Pulau
Perhentian dan Tanah Besar. Terminal jeti pelancongan utama di Tanah Besar
terletak di Kuala Besut. Terminal yang bernilai hampir RM 3 juta ini mula
beroperasi pada awal tahun 1998 untuk kemudahan pelancong untuk menunggu dan
menaiki bot, kaunter tiket, menjual barang-barang kraftangan, kedai makan dan
sebagainya.
Perhubungan
jalan darat antara petempatan dan kawasan pelancongan ialah laluan pejalan kaki
melalui denai yang sememangnya menjadi kegemaran pelancong luar negeri
merentasinya. Selain itu terdapat juga bot kecil yang dipanggil 'teksi'
digunakan untuk membawa penumpang ke lokasi pelancongan.
Pelupusan
Sampah
Majlis
Daerah Besut mula mengadakan khidmat pungutan sampah mulai tahun 1997.
Pemborong yang dilantik memungut sampah di kawasan petempatan dan pelancongan
seterusnya dibawa ke Tanah Besar untuk dilupuskan di tapak pelupusan sampah.
Kerja-kerja pengutan sampah ini beroperasi daripada bulan Februari hingga
Oktober setiap tahun.
Potensi
Pelancongan
Terdapat
lebih kurang 1,000 buah bilik penginapan dari 42 buah pengusaha chalet dan
resort dalam pelbagai kategori termasuk Pusat Peranginan Mewah, Chalet bertaraf
sederhana dan rendah, Dorm serta kawasan perkhemahan dengan kadar sewa antara
RM 50 hingga RM 300 sehari.
Kejernihan
air laut serta kepelbagaian hidupan marin selain daripada kesesuaian tempat
menjadikan pusat pelancongan ini popular dengan aktiviti-aktiviti snorkeling, soating,
perkhemahan dan melihat penyu bertelur.
Keaslian
dan keindahan alam sekitar semulajadi yang belum terjejas seperti laut daratan,
pasir dan batu, gua, bukit-bukit, hutan dan tumbuhan semulajadi memungkinkan
pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti jungle tracking, penyelidikan dan
sebagainya.
Pulau
Perhentian juga menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti scuba
diving dan sijil yang
dikeluarkan adalah diiktiraf di peringkat dunia.
Penglibatan
aktif sama ada secara langsung dan tidak langsung penduduk tempatan dalam
industri pelancongan dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk di
Pulau Perhentian dan secara tidak langsung menggerakkan aktiviti-aktiviti
hiliran dalam sektor perkhidmatan di pulau ini.
Desa Ukiran Kayu
Pembinaan Desa Ukiran Kayu (Duk) Adalah Manifestasi Kepada "Besut Daerah Ukiran Kayu" Yang Telah Di Istiharkan Pada 12 Ogos 1999 Iaitu Sebagai Pengiktirafan Ke Atas Pengukir - Pengukir Kayu Yang Tersohor Di Daerah Besut Seperti Che Long Bin Yusof, Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) Hj Wan Su Bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997) Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) Dan Norhaiza Bin Nordin.
Desa Ukiran Kayu Di Bina Di Kawasan Istana Tengku Long Yang Di Bina Oleh Tengku Chik Haji Bin Tengku Hitam , Raja Besut Ke Empat Pada Tahun 1875. Istana Ini Di Bina Dengan Di Hiasi Oleh Ukiran Kayu Yang Menarik Dan Mengagumkan.
Desa Ukiran Kayu Ini Merupakan Senibina Rumah - Rumah Baru Dan Lama Yang Mengekalkan Senibina Tradisional Untuk Pusat Dinamik Perusahaan Kraftangan Terutamanya Seni Ukiran.Desa Ukiran Kayu Ini Di Bina Pada Awal Tahun 2005 Dan Siap Pada Bulan Jun 2007 Serta Dibuka Dengan Rasminya Pada 21 Februari 2008.
Desa Ukiran Kayu
Kedudukan Desa Ukiran Kayu (DUK) Istana Tengku Long Berada Di Sebelah Dalam Perkampungan Kg.Raja Lama Iaitu Kawasan Pekan Kg.Raja Besut Terengganu.
Keluasan Desa Ukiran Kayu :
3,500 Meter Persegi
Jarak Duk Dari Bandar Kuala Terengganu : 100 Km.
Nama – Nama Rumah Tradisional Atau Bangunan Yang Berada Di Desa Ukiran Kayu :
1 ) Rumah Potong Belanda
2 ) Rumah Limas Bungkus
3 ) Rumah Bujang Berserambi Selasar
Aktiviti Desa Ukiran Kayu ( Duk ) Istana Tengku Long
Antara Aktiviti Harian Duk Sepanjang Hari Yang Bermula Seperti Biasa Waktu Pejabat Dari Jam 8 .00 Pagi Hingga Ke 5.00 Petang.Seramai 20 Orang Pelatih Lepasan Pendidikan Spm Yang Terdiri Daripada Anak Watan Terengganu Yang Sedang Giat Menjalani Kursus Latihan Kraf Warisan Seni Ukiran Melayu Selama Setahun.
Dibiayai Sepenuhnya Oleh Kerajaan Negeri Terengganu Melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Dengan Di Pantau Dan Di Uruskan Oleh Profesor Madya Sulaiman Abd.Ghani Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu International Design Excellence (Tide) Yang Berpengalaman Tinggi Dan Luas Di Bidang Seni Bertindak Menjana Kemajuan Dan Kecemerlangan Memperkenalkan Duk Samada Di Peringkat Daerah Besut, Negeri Terengganu Dan Luar Negara.
Manakala Tenaga Pengajar Yang Berkemahiran Maju Dalam Bidang Seni Ukiran Kayu Iaitu En. Che Hami Hamzah Bertindak Selaku Tenaga Pengajar Tetap Kepada Pelatih – Pelatih Yang Mengikuti Kursus Tersebut Di Desa Ukiran Kayu Istana Tengku Long Yang Sebelum Ini Telah Berkemahiran Mengajar Di Bidang Kraf Seni Ukiran Melayu Di Institut Kraf Negara Malaysia Selama 7 Tahun.
Jarak Duk Dari Bandar Kuala Terengganu : 100 Km.
Nama – Nama Rumah Tradisional Atau Bangunan Yang Berada Di Desa Ukiran Kayu :
1 ) Rumah Potong Belanda
2 ) Rumah Limas Bungkus
3 ) Rumah Bujang Berserambi Selasar
Aktiviti Desa Ukiran Kayu ( Duk ) Istana Tengku Long
Antara Aktiviti Harian Duk Sepanjang Hari Yang Bermula Seperti Biasa Waktu Pejabat Dari Jam 8 .00 Pagi Hingga Ke 5.00 Petang.Seramai 20 Orang Pelatih Lepasan Pendidikan Spm Yang Terdiri Daripada Anak Watan Terengganu Yang Sedang Giat Menjalani Kursus Latihan Kraf Warisan Seni Ukiran Melayu Selama Setahun.
Dibiayai Sepenuhnya Oleh Kerajaan Negeri Terengganu Melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Dengan Di Pantau Dan Di Uruskan Oleh Profesor Madya Sulaiman Abd.Ghani Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu International Design Excellence (Tide) Yang Berpengalaman Tinggi Dan Luas Di Bidang Seni Bertindak Menjana Kemajuan Dan Kecemerlangan Memperkenalkan Duk Samada Di Peringkat Daerah Besut, Negeri Terengganu Dan Luar Negara.
Manakala Tenaga Pengajar Yang Berkemahiran Maju Dalam Bidang Seni Ukiran Kayu Iaitu En. Che Hami Hamzah Bertindak Selaku Tenaga Pengajar Tetap Kepada Pelatih – Pelatih Yang Mengikuti Kursus Tersebut Di Desa Ukiran Kayu Istana Tengku Long Yang Sebelum Ini Telah Berkemahiran Mengajar Di Bidang Kraf Seni Ukiran Melayu Di Institut Kraf Negara Malaysia Selama 7 Tahun.
MASJID HADHARI JERTIH
masjid ini menjadi mercu tanda bandar Jertih. Masjid ini dibina berasaskan senibina dari timur tengah. cukup indah untuk di ziarahi. menggunakan lif untuk naik ke tingkat atas tempat solat lelaki.
MASJID KAYU SEBERANG JERTIH
Masjid baru yang dibina berunsurkan bahan-bahan dari kayu 100 peratus begitu juga peralatan dan perabot. Kalau datang ke bandar Jertih jangan lupa singgah di masjid ini untuk bersolat. Rasanya hanya satu sahaja di Malaysia ini masjid buatan kayu sepenuhnya.
Masjid baru yang dibina berunsurkan bahan-bahan dari kayu 100 peratus begitu juga peralatan dan perabot. Kalau datang ke bandar Jertih jangan lupa singgah di masjid ini untuk bersolat. Rasanya hanya satu sahaja di Malaysia ini masjid buatan kayu sepenuhnya.
Ulasan
Catat Ulasan