PEMBENTUKAN DIRI ANDA HARI INI ADAKAH KERANA FAKTOR BAKA ATAU PERSEKITARAN?


1.0  PENGENALAN:
Sebagai manusia setiap orang akan melalui pelbagai peringkat perkembangan yang akan membentuk personaliti mereka sepanjang masa. Bermula dari pertemuan sperma didalam rahim ibu hinggalah dilahirkan ,dari kanak-kanak hinggalah dewasa dan meninggal dunia,pelbagai peringkat pertumbuhan dan perkembangan yang akan di lalui oleh manusia.Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu ini ianya terbahagi kepada dua kategori iaitu faktor endogen dan eksogen.Endogen bermaksud sifat yang di bawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga lahir.Manakala eksogen merupakan kesan yang datang dari luar individu atau lebih dikenali sebagai faktor persekitaran.Bila membincangkan tentang perkembangan individu,perkara yang dibahaskan ialah antara faktor baka dan persekitaran yang manakah lebih memberi pengaruh.Faktor persekitaran mempengaruhi dari aspek yang dibincangkan tadi iaitu faktor endogen seperti baka,pemakanan,kesihatan ibu,dadah dan alcohol,faktor Rh,merokok,kesan x’ray,emosi ibu,umur ibu, teratogenik dan penyakit ibu.Manakala faktor eksogen pula mempengaruhi dari segi pemakanan,keluarga,rakan sebaya,sekolah,tempat tinggal,media elektronik dan sebaran am,pusat ibadat dan persekitaran dunia.Faktor baka pula mempengaruhi aspek fizikal,fisiologi,kecacatan mental,sahsiah dan kecerdasan.Ringkasnya disini faktor baka dan persekitaran masing-masing memainkan peranan yang cukup besar kepada perkembangan individu.Biar besar mana pengaruh baka kepada perkembangan individu ianya boleh di perbaiki dengan bantuan faktor-faktor persekitaran.Apa yang jelas kedua-dua faktor baka dan persekitaran ini saling berkait dalam membentuk peribadi seseorang manusia.Di bawah ini akan dibincangkan secara terperinci mengenai faktor baka dan persekitaran ini.
1.1  DEFINISI BAKA:
            Beberapa tafsiran mengenai baka dalam Mohamad Saleh Lebar (1999),antaranya baka dalam bahasa Inggeris :heredity yang berasal dari perkataan latin iaitu heres. Menurut Derville(1979),baka atau keturunan ialah keseluruhan ciri-ciri fizikal dan mental yang telah di wariskan secara biologi oleh ibu bapa kepada anak-anak.J.AThompson (1961),menjelaskan baka ialah satu istilah yang menyatakan perhubungan genetik di antara generasi manusia. Manakala Newman(1983) mengatakan baka ialah perhubungan genetik dari generasi ke generasi yang berikutnya.
            Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua-dua ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat.Rasulallah s.a.w dalam hadisnya ada memesan kepada umatnya yang ingin berkahwin agar memilih calon isteri yang memiliki empat kriteria utama iaitu agama,kecantikan,kekayaan dan keturunan(baka). Di sini dapat di mengertikan bahawa faktor baka amat perlu di tekankan dalam memilih calon isteri kerana Rasulallah s.a.w mahu kita memastikan zuriat atau generasi seterusnya adalah anak-anak yang berkualiti tinggi budi pekerti dan tingkah lakunya.
1.2  DEFINISI PERSEKITARAN:
 Umumnya bila menyebut alam sekitar,kita mentafsirkanya sebagai alam sekeliling.Dalam kajian psikologi takrifannya lebih luas lagi. Tafsiran yang di kupas oleh Ee Ah Meng(1992) ialah ; Amram Schienfeld (1980 ) mendefinisikan juga persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan lagi. Norman L.Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan.W.Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks dan boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat prenatal atau postnatal.Persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang, masyarakat di sekelilingnya, rumah ibadat dan persekitaran dunia.  
1.3 DEFINISI PERTUMBUHAN:
Pertumbuhan adalah perubahan yang dapat di ukur daripada satu peringkat ke satu peringkat yang lain dan dari satu masa kesatu masa yang lain.Dengan ini kuantiti perubahan itu dapat dilihat dengan nyata daripada pengukuran yang di buat ke atas sesuatu organisma itu.Pertumbuhan yang biasa,kecuali pertumbuhan yang di sebabkan oleh kanser,selalunya berhenti manakala sesuatu  organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu pertumbuhan tidak lagi berlaku (Atan Long, 1988)
1.4  DEFINISI PERKEMBANGAN:
Menurut Atan Long (1982),Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan ini tidak dapat di ukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Contohnya seorang kanak-kanak yang merangkak, beberapa bulan berikutnya dia pandai berdiri dan mengatur langkah itulah yang di namakan perkembangan.Menurut Crow and Crow(1980) ,perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung  kearah yang lebih baik dari segi pemikiran,rohani,moral dan sosial. Sebagai contoh, kalau dulu masa berumur 5 tahun Ali hanya pandai membaca doa dan mengaji muqaddam tapi bila berumur darjah satu Ali telah pandai mengerjakan solat lima waktu. Dengan ini jelas Ali telah mengalami perkembangan. D.S.Wright dan Ann Taylor (1965)mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat(baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubung seiring dengan pertambahan umur. Terdapat banyak teori yang berkaitan dengan perkembangan manusia seperti Teori Freud,Teori Erikson  dan Teori Kohlberg,mereka mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai perkembangan manusia. Namun yang paling popular ialah Teori Jean Piaget yang mana beliau membahagikan perkembangan manusia kepada empat peringkat iaitu;
(1). 0-2 tahun(peringkat deria motor).Pada peringkat ini kanak-kanak menggunakan deria motor dan deria yang lain untuk meninjau dan memahami dunia.
(2). 2 – 7 tahun.(peringkat pra-operasi).Pada peringkat ini kanak-kanak pra-sekolah menggunakan keupayaan mereka berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah,tetapi pemikiran masih tidak mengikut kogik yang mudah diperdaya oleh  persepsi yang berlainan.
(3). 7 – 11 tahun(operasi konkrit).Pada peringkat ini kanak-kanak memulakan persekolahan,mereka mula berfikir secara logik dan konkrit.mereka menyelesaikan masalah secara cuba jaya.
(4). 12 tahun ke atas(operasi formal).Pada peringkat ini remaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi.
KANDUNGAN:
2.0  KESAN PERSEKITARAN KEATAS PERKEMBANGAN MANUSIA
Faktor-faktor yang memupuk perkembangan individu terbahagi kepada dua kategori iaitu faktor endogen  dan eksogen.Endogen ialah ciri-ciri yang dibawa sejak dalam kandungan hingga lahir,Ia lebih merupakan faktor-faktor genetik atau kebakaan dan eksogen pula ialah faktor yang datang dari luar individu atau lebih difahami sebagai faktor-faktor dipersekitaran individu tersebut.
2.1   Faktor Endogen
2.1.1        Baka
Daripada segi fizikal,individu akan mewarisi sifat fizikal ibu bapanya seperti tinggi, bentuk badan, warna kulit,warna mata, warna rambut, temperamen dan sebagainya(Buss & Plomin,1997). Terdapat kajian yang menghasilkan sebahagian kecacatan mental adalah diwarisi. Misalnya, penyakit Tay-Sachs. Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mati pada umur 3 atau 4 tahun kerana kegagalan badan mereka untuk memecahkan lemak. Jika kedua-dua ibu bapa membawa gen penyakit ini, anak mereka mempunyai peluang 25% menghidap penyakit ini. Penyakit lain yang boleh diwarisi adalah seperti sindrom Down, Phenylketonuria, Anemia Sel Sikel (Asmawati Desa,1996).
Selain itu, terdapat juga kajian mendapati sahsiah adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalui baka.  Beliau mengatakan bahawa temperamen, iaitu tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan berkekalan pada individu sepanjang hayatnya. Di dalam kajian mereka, Loehlin dan Plomin, juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah disebabkan pewarisan baka, misalnya; personaliti ekstrovert dan personaliti introvert.
      Alfred Binet, Theodore dan Guiford mempercayai kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran. Bagaimanapun, Howard Gardner et al. tidak bersetuju dengan pendapat mereka dan beliau mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran dan memberi persekitaran yang kondusif untuk membolehkan pembelajaran berlaku.
2.1.2   Pemakanan
Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat merupakan satu keperluan bagi ibu dan fetus di dalam kandungan. Zat makanan yang tidak mencukupi akan menyebabkan perkembangan sel otak dan janin yang lambat. Saiz otak janin boleh menjadi kecil dan perkembangan intelektual terbantut.
2.1.3  Kesihatan Ibu
Ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan memakan makanan yang seimbang dan mengurangkan penggunaan gula dan garam untuk mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi serta preaklamsia.Selain itu, ibu juga harus menjalani pemeriksaan doktor mengikut jadual yang ditetapkan.
2.1.4  Dadah dan Alkohol
Ibu yang hamil harus mengelak daripada mengambil dadah apa jenis pun, begitu juga ubat-ubatan mestilah dalam dos yang di benarkan oleh doktor kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangan bayi dalam kandungan yang mana akan menyebabkan pelbagai bentuk kecacatan mental atau fizikal. Pengambilan alkohol pula akan menyebabkan bayi menghidapi fetal alcohol syndrome.
2.1.5  Merokok
Jika ibu mengandung merokok, janin akan mengalami kekurangan oksigen kerana pembuluh darah mengecut. Karbon monoksida yang disedut akan meningkatkan kandungan karbon dalam hemoglobin ibu. Keadaan ini mengurangkan pengoksidaan darah dan seterusnya janin akan mengalami kekurangan bekalan oksigen. Ini boleh menyebabkan kecacatan otak dan ukuran lilitan kepala yang kurang.
2.1.6        Rh darah
Apabila perempuan yang berdarah Rh negetif berkahwin dengan lelaki yang berdarah Rh positif,biasanya anak yang dilahirkan adalah berdarah Rh positif.Semasa hamil,ibu yang berdarah Rh negetif akan menghasilkan antibodi yang berupaya untuk memusnahkan  sel darah fetus yang mengalir melalui  uri dan memasuki darah ibunya.
2.1.7        Kesan X-Ray
Kajian menunjukkan kesan X-Ray pada ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan pada fetus yang dikandungnya. Ini termasuklah sinaran laser dan radioaktif.
2.1.8        Emosi Ibu
Emosi seperti marah, kebimbangan, kecemasan akan merangsangkan penghasilan        hormon adrenalin ibu dan menyebabkan darah daripada rahim mengalir ke anggota tubuh yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada janin. 
2.1.9        Umur Ibu
Umur ibu mengandung ada berkaitan dengan risiko kematian janin. Semakin muda umur ibu, semakin tinggi risiko mengalami keguguran, anak tidak cukup bulan dan kematian anak. Ibu yang berumur antara 20-35 tahun merupakan masa yang paling baik untuk melahirkan anak.Ibu yang berumur 40 tahun pula mungkin mengalami keabnormalan kromosom dan melahirkan bayi monggoloid atau bayi sindrom Down. 
 2.1.10   Teratogenik dan Penyakit Ibu
Teratogen ialah sebarang bahan yang menyebabkan perubahan di dalam kod    genetik yang menyebabkan keabnormalan. Ia adalah bahan dalam persekitaran dan bukan gen yang diwarisi daripada ibu atau ayah. Ia boleh berbentuk fizikal seperti radiasi, jangkitan seperti rubela dan bahan kimia seperti kortison dan tahlidomida.Agen teratogenik boleh menghentikan penghasilan protein, gangguan kepada perkembangan dan perkembangan yang tidak lengkap. Kehadiran bahan ini amat berbahaya kepada fetus semasa pembentukan anggota badan fetus. Penyakit AIDS juga boleh berpindah dari ibu ke fetus.Contoh teratogen ialah ubat kanser,antibiotik dan ramuan alkohol.

2.2   Faktor Eksogen
Faktor eksogen juga di kenali sebagai faktor diluar diri individu,merangkumi faktor-faktor persekitaran yang amat mempengaruhi perkembangan perangai seseorang.Antara faktor itu ialah:
2.2.1        Pemakanan
Pemakanan yang berkhasiat adalah amat penting di dalam pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak. Pemakanan yang sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan adalah susu ibu. Susu ibu mengandungi segala khasiat dan membekalkan antibodi yang diperlukan oleh bayi.
2.2.2        Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan manusia. Ibu bapa menpengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak.Menurut Diana Baumrind(1971), cara asuhan yang efektif ialah otoritatif, iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletak batasan yang perlu diikuti.
2.2.3        Rakan Sebaya
Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar rumah selain daripada adik-beradiknya. Menurut Berk, rakan sebaya ialah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Melalui rakan sebaya, individu memperoleh kemahiran untuk menyesuaikan diri di dalam masyarakat.
 2.2.4 Sekolah
Sekolah merupakan agen sosialisasi yang lebih luas.Di sekolah, individu boleh mempelajari tentang norma dan peraturan dalam kumpulan yang besar seperti masyarakat.
2.2.5        Tempat Tinggal
Tempat tinggal merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia daripada segi pembelajaran dan budaya atau gaya kehidupannya. Ini termasukklah sistem moral dan nilai serta “world veiw” seseorang. Secara amnya, tempat tinggal dibahagikan kepada tiga kawasan, iaitu bandar, luar bandar dan pinggir bandar. Biasanya, individu yang tinggal di kawasan bandar adalah lebih terbuka fikirannya, optimistik, bertenaga dan bercita-cita tinggi seperti ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Manakala individu di kawasan luar bandar pula suka bekerjasama, hubungan yang lebih rapat dengan individu yang lain dan mementingkan nilai-nilai murni
2.2.6        Media Elektronik dan Sebaran Am
Pada masa kini, hubungan manusia adalah tidak terbatas dengan kewujudan komputer. Manusia dapat bertukar maklumat dan berkomunikasi melalui internet seperti laman sosial facebook,twitter,friendster dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, dengan hubungan yang lebih luas melalui maya pelbagai maklumat,kegemaran,cara berpakaian,pemakanan yang boleh di kongsi dan mempengaruhi perkembangan manusia hari ini.
2.2.7        Pusat Ibadat
Kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan tempat ibadat akan terdedah kepada falsafah, ajaran cara hidup di dalam pembentukan nilai, moral, pergaulan dan sebagainya.
2.2.8        Persekitaran Dunia
Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh yang berlaku di seluruh dunia telah menyedarkan kita untuk mewujudkan keamanan di seluruh dunia. Hasilnya, ialah individu dan rakan sebaya yang prihatin mengutip derma untuk membantu mereka. Ini bermakna nilai individu telah meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
3.0  PENGARUH BAKA KE ATAS PERKEMBANGAN MANUSIA.
        Teori kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang paderi Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Eksperimen-eksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai “swee peas” telah merintiskan jalan kepada ilmu genetik.Prinsip-prinsip yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi daripada gen-gen yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan di mana dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya Satu gen dominan menindasi yang lemah dipanggil gen resesif.Gen adalah penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh  baka adalah dari aspek berikut:-
 3.1. Kesan Fizikal
       Teori biologi William H. Sheldom dalam Mohammad Aziz Shah (1924:pg73) mengkategorikan tiga jenis bentuk badan iaitu endomorf, ektomorf dan mesomorf. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.
3.2. Mental /Kognitif (Kecerdasan)
       Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Tahap kecerdasan , biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh persekitaran tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu juga dengan aspek intelek, yang mana sebahagiannya diwarisi. Baka menentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu  mengikut Anastasi (1958) dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita berbahas yang mana faktor yang lebih penting dalam proses perkembangan. Yang pentingnya ialah kita mesti membincangkan bagaimana faktor persekitaran dan baka merangsang proses perkembangan manusia.Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran.
3.3  Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik, misalnya kebodohan individu terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Mengikut Imam Ghazali dalam buku Ihya’ Ulumuddin,lelaki yang hendak berkahwin dilarang mengahwini saudara mereka yang rapat kerana dikhuatiri akan melahirkan anak –anak yang lemah akal fikiran dan berpenyakit.Faktor ini di sokong oleh kajian Papalia & Olds (1985) iaitu perkahwinan dalam keluarga yang terdekat boleh menyebabkan kanak-kanak yang dilahirkan menjadi tidak normal,tidak sihat dan berpenyakit.Penyakit yang dimaksudkan itu ialah thalasemia,hemofilia,terencat akal,gangguan personaliti,gila,lemah jantung,darah tinggi,barah buah dada dan lain-lain.Kajian juga mendapati sebahagian daripada kecacatan mental adalah diwarisi namun dengan bantuan faktor-faktor dipersekitaran seperti teknologi,pemakanan, ubatan yang berkualiti dan  pembelajaran yang khas untuk golongan cacat mental ini kehidupan mereka tidaklah teruk sebagaimana sepatutnya malah mereka boleh mengurus diri sendiri..
3.4  Sahsiah
Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalui baka. Helen Bee (1995), mengatakan temperamen iaitu tret–tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan kekal pada individu sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam (Shaffer, 1999) juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka. Contohnya personaliti ekstrovert, di mana seseorang lebih suka bersosial dan selalu gembira; dan introvert di mana individu biasanya pemalu, suka menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang. Contohnya, kanak–kanak yang suka bergaul akan mencari kawan yang suka bergaul, mereka yang suka bergaul pula akan mencari atau memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman, 1997).
Kajian Plomin, (1990) dalam Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu yang ada pertalian keluarga. Persamaan skor IQ di kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggi berbanding lain–lain bentuk persaudaraan.  Gesell A.L(1880-1961)) percaya bahawa perkembangan kanak–kanak ditunjukkan dari dalaman dengan perlakuan baka. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan.  Menurut Gesell lagi, semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk,  berdiri, berjalan dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang tersendirinya ditentukan oleh gen.
Bagi Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman.  Kamarulzaman (2003), mengatakan kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor dalaman, terutama gen, iaitu bahan kimia yang terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Kita tahu bahawa gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka menerima isyarat daripada “ cytoplasm” iaitu persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersama dengan faktor lain.
4.0  KESIMPULAN:
Pertumbuhan dan perkembangan manusia sering di jadikan topik utama dalam bidang psikologi perkembangan manusia.Ini disebabkan oleh keunikan konflik yang berlaku dalam proses pertumbuhan dan perkembangan manusia semasa melalui proses transformasi dari alam kanak-kanak  kealam dewasa.Persoalan yang sering timbul dan menjadi perdebatan di kalangan pengkaji ialah antara faktor baka dan persekitaran yang manakah lebih mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.Pertumbuhan dan perkembangan  dapat dilihat di dalam empat aspek iaitu aspek jasmani,mental ,sosial dan emosi.Dari aspek jasmani proses pertumbuhan manusia lebih bersifat kuantitatif,iaitu dapat dilihat dan diukur dari sudut ketinggian,saiz,berat badan dan bilangan gigi .Manakala proses perkembangan pula lebih bersifat kualitatif atau tidak dapat diukur dengan tepat namun dapat diperhatikan.Sebagai contoh,dalam aspek jasmani proses perkembangan dapat dilihat dengan pertambahan kemahiran menggunakan anggota seperti mengangkat,berjalan,berlari dan melompat.  Pertumbuhan jasmani manusia seperti ketinggian dan saiz badan di pengaruhi oleh baka namun factor persekitaran seperti corak pemakanan amat mempengaruhi proses perkembangan dan pertumbuhan mereka,yang mana makanan yang bernutrisi mampu membantu manusia mencapai pertumbuhan pada tahap maksimun.
Dari aspek mental juga didapati  faktor baka, menjadikan perwatakan seseorang individu  di warisi dari susur galur genetiknya seperti sifat panas baran,sawan,gila yang disebabkan oleh gangguan jiwa kesan dari bawaan DNA keturunan. Keturunan yang pandai akan melahirkan anak yang mempunyai kecerdasan yang tinggi begitu juga sebaliknya.Namun jika kanak-kanak tersebut tidak diberi pendidikan dan pendedahan yang baik,kecerdasan tersebut tidak akan berkembang dengan baik.Oleh itu bagi membentuk individu yang mempunyai kemahiran intelek yang tinggi, persekitaran mereka perlulah amat baik dan kondusif, hal ini termasuklah cara didikan ibu-bapa dan pembelajaran di sekolah.Namun  pengaruh baka ini bukanlah satu faktor yang kritikal malah ia di pandang sebagai satu sebab terpencil dalam kajian psikologi dan perubatan moden hari ini kerana ia mampu di kawal melalui pemakanan,ubat-ubatan dan teknologi canggih hari ini.
Dari sudut pertumbuhan dan perkembangan  sosial pula,ciri-ciri kebakaan seperti ekstrovert,introvert dan ambivert dapat diwarisi.Namun faktor persekitaran dapat mengubah ciri-ciri tret individu tersebut.Walaupun individu itu mempunyai ciri-ciri ekstrovert di rumah tetapi sekiranya dia tidak di dedahkan dengan suasana sosial di luar dia tidak akan dapat menzahirkan ciri-ciri semulajadi tersebut apabila berada dalam masyarakat malah berkemungkinan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.Faktor media,rakan sebaya dan masyarakat  sekeliling  amat mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan mereka.Dari perbincangan diatas dapatlah disimpulkan bahawa pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang bertindak dan berinteraksi bersama-sama untuk mencapai had maksimun perkembangan manusia dan membentuk personaliti yang terbaik dari masa ke semasa.

Ulasan

  1. PlayAmo Casino NZ | MapyRO
    Find out all about PlayAmo Casino online with real player to allow you to 경산 출장샵 access 성남 출장안마 the entire PlayAmo 하남 출장샵 casino 거제 출장안마 website directly from your browser. 당진 출장안마

    BalasPadam

Catat Ulasan