ALKISAH SAYA DAN YAKULT


Tak Kenal…Memang Tak Cinta!


Seperti mana ungkapan di atas itulah yang nak saya citer pada kekawang semua.
Al kisah bermula bila bebudak Intitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut@IPGKSM(tempat keja saya) buat program pendidikan luar ke Kuala Lumpur.Saya yang bekerja sbg Pembantu Makmal diminta menjadi pengiring bersama tutor mereka,kebetulan takde urusan ikut je lah.tanya bebudak mana nk pegi ? katanya roadtour kilang Yakult.Apahal la budak2 nih takde tempat lain ke...ye lah minuman budak2.Pada hari kejadian tersesat ntah berapa kali pusing bandar Seremban tuh baru jumpa kilang Yakult.Kat sini la baru saya sedar bagai si buta mendapat mata.oooooooo melopong masing2 mendengar taklimat dari pegawai pompuan hari tuh rupa2nya banyak betul kebaikan Yakult kepada manusia bukan setakat air minuman yang menghilang dahaga.





Anak saya suka beli jenis air kultur ni kalu masuk pasaraya mmg beli punya tetapi semenjak itu keluarga saya membeli jenama Yakult setelah mengetahui khasiat nya.Cuma masalahnya ahli kuarga saya ramai,tak boleh nak maintain 2 sehari,smiggu sekali mesti belilah,Tapi...kalau anak2 saya tak sihat saya akan beri lebih kerap kepada anak2 yang tidak sihat itu.Saya rasa Yakult boleh mempercepatkan penyembuhan anak saya dari demam atau selsema.Kalau sembelit atau cirit-birit lagi lah berkesan.Suami saya selalu jugak sembelit bila saya berikan Yakult masalahnya selesai.Masalah saya pula penyakit medu saya selalu membuatkan  perut kembung atau angin satu badan,tak boleh salah makan sikitpon tp saya ada caranya sekarang kalau kembung cepat2 saya pegi beli Yakult ,lepas makan sebotol jer perut saya beransur-ansur lega.Ini kisah benar pada diri saya mungkin orang lain ,lain pulak kejadiannya.Disini saya kongsikan sedikit info pasal Yakult untuk anda semua .

Kelebihan Yakult:
  • Di asaskan oleh orang Jepun bernama Dr.Minoru Shirota(1899-1982)beliau seorang pakar mikrobiologi.setelah menjalankan kajian keatas 300 spesis bakteria ,satu sahaja iaitu Lactobacillius yang mempunyai tahap survival dan ketahanan yang tinggi lalu dinamakan sempena beliau Lactobacillius Casei Shirota.Selepas itu minuman yakult diciptakan dengan penuh kebaikan.
  • Setiap botol mengandungi 3 billion bakteria baik namun hanya beberapa puluh ribu shj yang dapat melepasi laluan usus yang terlalu berasid.Sebab itulah kita dinasihatkan minum yakult selepas makan kerana perut waktu itu kurang berasid kerana sedang mencernakan makanan..


  • Berpuluh2 kajian yang telah dilakukan oleh pakar2 dan terbukti pengambilan yakult boleh merawat penyakit2 berkaitan usus dan perut.Malah sekarang kajian sedang dijalankan ke atas penyakit kanser payudara.
  • Anda boleh melawati laman Yakult www.yakult.com.my untuk mengetahui lebih lanjut kisah yakult dan kejayaannya merawat penyakit.Mencegah itu lebih baik dari mengubati.Sambil minum kita boleh merawat penyakit.Cukup mudah untuk di lakukan.Kalau anda ada sedara mara yang ada penyakit berkaitan usus,penghadaman atau perut cubalah amalkan yakult tapi jangan harapkan minum 10 botol anda akan teruS sembuh kalau tahap penyakit anda pada tahap serius.



Sungguhnya roadtour ke yakult hari itu cukup berbaloi-baloi walaupun setelah sesat 2-3 kali keliling bandar.

Bukan nak promote atau mempengaruhi sesiapa Cuma sekadar berkongsi perkara yang baiK.Sila lawati laman yakult untuk maklumat lanjut:
www.yakult.com.my

Ulasan