REKA BENTUK PAKEJ PAMPASAN





1.0  PENGENALAN JAWATAN PEMBANTU MAKMAL
Jawatan yang terpilih untuk memenuhi tugasan ini ialah jawatan  Pembantu Makmal C17 dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Gambar iklan tawaran dibawah menerangkan serba sedikit mengenai perjawatan berkenaan. Jawatan pembantu makmal ini berada di bawah kawal selia Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, iaitu ia di tempatkan disekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan seperti institut pendidikan guru dan kolej matrikulasi.
Gambar dibawah ini adalah maklumat mengenai jawatan pembantu makmal C17 yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran , seperti tangga gaji dan bidang tugas tersebut.Tawaran pula dibuka sepanjang tahun.
Banner SABTU   5 OKTOBER 2013   9:21:04 PMSABTU   5 OKTOBER 2013   9:16:17 PM
Top of Form
Jawatan
: Pembantu Makmal
Kementerian
: Kementerian Pelajaran Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan
: Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan
: Sains
Jadual Gaji
Peringkat
Gaji Minimum
(RM Sebulan)
Gaji Maksimum
(RM Sebulan)
Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan (RM)
P1
932.15
2,531.14
95.00
P2
990.26
2,668.04
P3
1,050.09
2,809.80
Syarat Lantikan
: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat  peperiksaan tersebut; [ Gaji Permulaan P1 : RM932.15 ] dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Taraf Jawatan
 : Tetap
Penaklukan Di Bawah
Syarat-syarat Perkhidmatan
 : Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Pembantu Makmal Gred C17 adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Fungsi Bidang Tugas
1.Pengurusan makmal sains.
2.Penyediaan dan pengendalian bahan dan radas peralatan sains
3.Penyenggaraan peralatan sains.
4.Pengendalian amali sains.
5.Pengurusan stor/aset makmal sains.
6.Menjalankan tugas lain seperti yang diarahkan.

 PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SEPANJANG MASA



MAKLUMAT TAMBAHAN

Bagi lantikan yang mensyaratkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon yang menduduki SPM melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat- syarat seperti berikut :
  1. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Jawatan ini dikategorikan dibawah perkhidmatan sokongan sains. Berdasar kepada buku terbitan baru oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu Penghuraian Tugas Pembantu Makmal di Sekolah,Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru,  ianya merujuk kepada spesifikasi tugas yang terkini bagi jawatan pembantu makmal ini antaranya ialah:

1. Pengurusan makmal sains.
2. Penyediaan dan pengendalian bahan dan radas peralatan sains
3. Penyenggaraan peralatan sains.
4. Pengendalian amali sains.
5. Pengurusan stor/aset makmal sains.
6. Menjalankan tugas lain yang di arahkan.

Ringkasan kerja bagi perjawatan ini ialah :
Tugas:
1.Pengurusan makmal sains.
Ringkasan Kerja:
1.      Menjalankan tugas mengikut peraturan keselamatan makmal sains yang di tetapkan.
2.      Mengenal pasti peralatan dan keperluan makmal sains yang diperlukan
3.      Menguruskan keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains.
4.      Memaparkan peraturan dan panduan keselamatan makmal sains.
5.      Memastikan makmal sains sentiasa berkeadaan bersih,teratur dan ceria.
6.      Memastikan makmal sains dalam keadaan sentiasa selamat.
Tugas:
2. Penyediaan dan pengendalian bahan dan radas peralatan sains.
Ringkasan Kerja:
1.      Mengklasifikasikan bahan dan radas/peralatan di makmal sains dengan betul
2.      Menerima dan menyimpan bahan/spesimen/sampel mengikut peraturan pengendalian.
3.      Menyediakan keperluan amali sepertimana permohonan pensyarah di borang penyediaan radas dan bahan.
4.      Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan bahan dan peralatan sains.
5.      Membantu pensyarah menjalankan penyelarasan amali/uji lari bahan dan peralatan amali sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan
Tugas:
3. Penyenggaraan peralatan sains.
Ringkasan Kerja:
1.      Menguji dan memastikan peralatan berfungsi dan selamat digunakan.
2.      Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.
3.      Merekod dan melaporkan kerosakan bahan/peralatan untuk tindakan ketua jabatan/ketua pembantu makmal.  
Tugas:
 4.Pengendalian amali sains.
Ringkasan Kerja:
1.      Membantu pensyarah semasa aktiviti amali dijalankan di makmal sains.
2.      Memastikan pelajar menjalankan amali mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
3.      Mengenal pasti masalah teknikal semasa penyediaan amali.
4.      Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan.
5.      Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan memenuhi spesifikasi ditetapkan.
6.      Memastikan radas yang telah digunakan dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur ditetapkan.
7.      Memastikan bahan sisa amali dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Tugas:
5.Pengurusan stor/aset makmal sains.
 Ringkasan Kerja:
1.Melaksanakan pengurusan aset dan stor makmal sains seperti berikut:
        i.            Mengkategorikan dan melabelkan peralatan di makmal sains.
      ii.            Menyemak stok setiap radas, bahan dan peralatan di makmal yang dipertanggungjawabkan.
2. Mengenal pasti aset makmal yang perlu dilupuskan.
Berdasarkan jawatan pembantu makmal ini ,satu kupasan mengenai elemen-elemen dalam pampasan bagi jawatan tersebut.Terdapat empat elemen dalam pakej pampasan. Elemen pertama ialah upah dan gaji pokok,elemen kedua,kenaikan upah dan gaji. Elemen ketiga ialah bayaran insentif (jangka panjang dan jangka pendek) dan elemen ke empat ialah faedah dan perkhidmatan pekerja. Semua elemen ini akan di bincang terperinci dalam perenggan seterusnya.
Tugas:
6.Melaksanakan tugas-tugas lain yang di arahkan
Ringkasan Kerja:
Melaksanakan tugas-tugas lain yang di arahkan oleh pengarah atau ketua organisasi kita dari masa ke semasa.
Berdasarkan jawatan pembantu makmal ini kita akan melihat bagaimana elemen-elemen pampasan di rekabentuk untuk kepentingan penjawat tersebut. Empat elemen yang terlibat dalam pakej pampasan yang di berikan tersebut ialah upah dan gaji, kenaikan dalam upah dan gaji, insentif jangka pendek dan jangka panjang dan faedah dan perkhidmatan pekerja.

2.0     ELEMEN PERTAMA PAKEJ PAMPASAN (UPAH DAN GAJI POKOK).
 Pampasan menurut Kamus Dewan bermaksud wang (barang dan lain-lain) yang dibayar sebagai ganti rugi,namun pampasan yang ditakrifkan ini bukan setakat ganti rugi malah pemberian-pemberian lain oleh pihak majikan kepada pekerja dengan tujuan untuk memelihara kebajikan dan memenuhi keperluan pekerja seperti keperluan  upah dan gaji. Elemen ini amat penting kerana kualiti kehidupan para pekerja dan tanggungan mereka adalah ditentukan oleh pendapatan yang diperolehi . Upah dan gaji yang diterima ini akan menentukan jenis dan kuantiti makanan, pakaian, tempat tinggal dan cara-cara pengangkutan yang pekerja mampu. Sebagai contoh,lihat rajah tangga gaji bagi pembantu makmal C17 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jawatan
: Pembantu Makmal
Kementerian
: Kementerian Pelajaran Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan
: Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan
: Sains
Jadual Gaji
Peringkat
Gaji Minimum 
(RM Sebulan)
Gaji Maksimum 
(RM Sebulan)
Kadar Kenaikan 
Gaji Tahunan (RM)
P1
932.15
2,531.14
95.00
P2
990.26
2,668.04
P3
1,050.09
2,809.80
Syarat Lantikan
Lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat  peperiksaan tersebut; [ Gaji Permulaan P1 : RM932.15 ] dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Taraf Jawatan
 : Tetap
Penaklukan Di Bawah
Syarat-syarat Perkhidmatan
 : Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Pembantu Makmal Gred C17 adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Berdasarkan jadual gaji diberikan didapati gaji pokok atau gaji permulaan bagi jawatan pembantu makmal ini adalah rm 932.15 dan  mata gaji akhir perkhidmatan pembantu makmal ini adalah pada gaji rm 2531.14, Skim gaji ini adalah sama dengan jawatan yang setara dengannya seperti Pembantu tadbir N17, pembantu perpustakaan S17 dan pembantu kewangan W17. Kenaikan tahunan yang di perolehi oleh pembantu makmal C17 ini ialah sebanyak RM95.00. Menurut Gary Dessler (2002), ada empat faktor yang mempengaruhi rekabentuk sebarang pelan gaji iaitu faktor undang-undang, kesatuan, dasar, dan ekuiti.Tinjauan pasaran sangat penting untuk menentukan  pampasan berupa gaji dan upah.
Berdasarkan undang-undang yang telah sedia ada gaji dan upah boleh dirangka atau distruktur mengikut akta-akta yang sedia ada seperti Akta Kerja 1955, Akta Pampasan Pekerja 1952, dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Melalui dasar yang dibentuk oleh kerajaan, gaji  dan upah pekerja boleh ditetapkan, contohnya dasar gaji minimum iaitu RM900.00 yang ditetapkan kerajaan pada 2013. Ianya akan dikuatkuasa dengan tegasnya bermula januari 2014. Melalui kesatuan sekerja juga kadar gaji dan upah boleh ditentukan sebagaimana yang dilakukan oleh Cuepacs setiap tahun pihak pengurusan teratas akan menuntut bermacam-macam kenaikan seperti penyelarasan gaji, bonus tahunan, penyelarasan pelbagai elaun dan sebagainya demi kebajikan pekerja kakitangan awam. Penetapan gaji berdasarkan ekuiti pula merujuk  kepada organisasi atau syarikat swasta yang menetapkan gaji dan upah berdasarkan pegangan ekuiti syarikat atau organisasi tersebut. Gaji yang rendah akan membawa kepada penurunan prestasi kerja , sekali gus akan membawa masalah-masalah lain ke dalam organisasi maka pihak-pihak pengurusan atau majikan perlu melakukan tinjauan yang terperinci sebelum menetapkan kadar gaji dan upah agar kebajikan pekerja terjamin dan organisasi akan mendapat keuntungan dan kecemerlangan.

3.0     ELEMEN KEDUA PAMPASAN (PENINGKATAN UPAH DAN GAJI).
         Program pampasan jenis ini termasuklah bayaran bagi kerja lebih masa, kerja syif dan pembayaran premium untuk kerja-kerja yang dilakukan pada hujung minggu atau pada hari cuti umum. Pembayaran jenis ini telah meningkatkan sejumlah pendapatan bersih pekerja. Setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji tahunan, berdasarkan jadual tangga gaji jawatan pembantu makmal yang di lampirkan di atas tadi dapat dilihat kenaikan tahunan mereka adalah sebanyak RM95.00. Kenaikan tahunan ini adalah perangsang kepada pekerja untuk menambah baik lagi prestasi pekerjaan mereka saban tahun. Dalam perjawatan pembantu makmal sebarang kerja lebih masa akan di bayar mengikut tangga gaji perjawatan tersebut. Perbezaan bayaran pula ialah pada hari biasa kadar di bayar sebanyak Rm11.50 sejam. Pada hari minggu kadar bayaran ialah RM13.50 dan bayaran pada hari cuti khas ialah dua kali ganda dari kadar biasa iaitu RM23.00 sejam. Bayaran-bayaran lain pula seperti elaun tanggung kerja (sebab rakan sekerja cuti bersalin, cuti kursus atau cuti belajar yang melebihi sebulan), maka pembantu makmal boleh memangku atau menjalankan tugasan rakan yang bercuti itu dengan kadar bayaran ¼ daripada gaji pokok perjawatan pembantu makmal tersebut.Kesimpulannya pertambahan  yang diperolehi dalam upah dan gaji bulanan ini akan merangsang prestasi kerja dan melapangkan perbelanjaan mengurus rumahtangga kakitangan masing-masing.

4.0  ELEMEN KETIGA PAMPASAN (BAYARAN INSENTIF JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG)
Insentif akan diberikan jika pekerja berjaya mencapai kuantiti dan kualiti tertentu hasil pengeluaran. Ini adalah kaedah tradisional, ianya termasuk ganjaran dan insentif jangka pendek dan jangka panjang. Menurut Joseph J.Martocchio (2001), ’bayaran intensif bermaksud pampasan ialah selain gaji pokok dan upah. Ianya berubah mengikut pencapaian pekerja berdasarkan  sesetengah piawaian yang telah ditetapkan seperti formula yang ditetapkan, matlamat individu atau kumpulan atau perolehan organisasi’. Program bayaran intensif bertujuan untuk mengawal kos pembayaran gaji dan memotivasikan produktiviti pekerja. Program insentif boleh bersifat jangka pendek atau jangka panjang. Insentif jangka pendek selalunya diguna pakai oleh pekerja bawahan. Manakala insentif jangka panjang banyak dinikmati oleh pihak pekerja professional dan eksekutif. Contohnya jurutera yang bertugas mereka bentuk dan membuat inovasi terhadap sesuatu produk, pastilah mengambil masa yang panjang. Secara terperincinya bentuk-bentuk intensif ini dapat kita ketahui dalam perenggan berikut:
4.1  INTENSIF JANGKA PENDEK.
Menurut Dessler.G (2002). Terdapat tiga isu pokok yang perlu dipertimbangkan semasa memberi insentif jangka pendek,iaitu kelayakan,saiz dana, dan anugerah individu. Insentif jangka pendek ini lazimnya diberikan berdasarkan pencapaian dalam tempoh lima tahun.Terdapat pelbagai bentuk intensif yang berupa amaun dan pemberian material yang dibahagikan mengikut mingguan,bulanan,sukuan, tahunan dan pencapaian sesuatu aktiviti, projek atau keputusan yang cemerlang.
Bayaran insentif selalunya digunakan untuk:
a)      Pembayaran bagi unit yang dikeluarkan.
b)      Bonus bagi kreativiti dan inovasi individu.
c)      Bonus atau anugerah bagi pencapaian pelbagai keputusan yang dikehendaki.Contohnya kehadiran awal sepanjang tahun.
d)     Pencapaian matlamat organisasi yang spesifik.Contoh sasaran keuntungan pada bulan tertentu.
Kebiasaannya pemberian insentif ini dinilai berdasarkan empat aspek iaitu:
a)      Sumbangan individu
b)      Sebagai ahli pasukan
c)      Sebagai ahli dalam unit kerja dan
d)     Sebagai ahli dalam organisasi
Bagi jawatan sebagai pembantu makmal pemberian insentif ini berupa anugerah kecemerlangan bulanan, bonus tahunan, anugerah perkhidmatan cemerlang tahunan, dan anugerah khas pengarah.
4.2  INTENSIF JANGKA PANJANG
Intensif jangka panjang merupakan pemberian intensif seperti ganjaran dan anugerah apabila pekerja bersara kelak. Sebagai pembantu makmal insentif jangka panjang ini di berikan dalam bentuk ganjaran pencen, dan bayaran pencen bulanan.
5.0  ELEMEN KE EMPAT (FAEDAH DAN PERKHIDMATAN PEKERJA).
Menurut Milkovich dan Newman (2002), faedah dan perkhidmatan pekerja boleh ditakrifkan sebagai sebuah program yang menyenaraikan alternatif bentuk bayaran yang merangkumi pembayaran bagi masa tidak bekerja (percutian, tugas juri, cuti tahunan dan sebagainya) meliputi perkhidmatan (khidmat kaunseling,perancangan kewangan,kafetaria dan sebagainya) sehinggalah kepada perlindungan (penjagaan perubatan,insuran nyawa,persaraan dan sebagainya). Faedah-faedah yang diperolehi oleh pembantu makmal baleh di kelaskan kepada dua jenis iaitu faedah pekerjaan dan faedah perkhidmatan.
5.1       FAEDAH PEKERJA.
Era 1940-an hingga 1980 faedah pekerja telah mengalami perubahan demi perubahan yang lebih baik.Faedah  pekerja merupakan komponen penting pampasan untuk pekerja.Antara faedah yang ditawarkan kepada pekerja ialah seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kereta pada kadar faedah yang rendah,kemudahan klinik panel dan tawaran biasiswa untuk anak-anak pekerja.
Bagi perjawatan Pembantu Makmal C17 , faedah-faedah pekerja dan perkhidmatan yang mereka perolehi adalah:
1.      Pinjaman perumahan.
2.      Pinjaman pembelian kereta.
3.      Pinjaman Komputer maksimun RM5000.
4.      Subsidi penjagaan anak-anak di pusat asuhan sebanyak RM180.
5.      Cuti bersalin 90 hari bagi wanita dan 7 hari bagi lelaki menjaga isteri  bersalin.
6.      Cuti tahunan sebanyak 25 hari.
7.      Cuti belajar
8.      Cuti tanpa rekod
9.      Cuti gantian
10.  Bayaran kerana kerja lebih masa mengikut kadar tertentu yang ditetapkan.
11.  Cuti panjang yang diberikan oleh medical board kerana pekerja mengidap penyakit kritikal seperti kanser, lumpuh dan sebagainya.
Faedah pekerja ini boleh diklasifikasikan kepada tujuh kumpulan utama iaitu:
5.1.1   Pendapatan Berterusan Bagi yang Tidak Berupaya.
Istilah tidak upaya ini bermaksud selalu, sementara, sepenuhnya atau sebahagian. Bayaran berterusan akan diberikan kepada pekerja yang tidak berkeupayaan kerana kemalangan atau kes kesihatan. Contohnya pembantu makmal yang terkena kanser pada tahap IV mereka akan diberikan cuti selama mereka mendapatkan rawatan tersebut dengan gaji penuh. Faedah ini sememangnya sangat membantu pekerja tersebut untuk menyara keluarga dan rawatan beliau.
5.1.2        Pendapatan Berterusan Bagi Hilang Kerja.
Pendapatan di bayar berterusan bagi mereka yang hilang pekerjaan kerana organisasi menghentikan operasi buat sementara atau kes pembuangan pekerja kerana mengurangkan kos operasi syarikat.
5.1.3        Pendapatan Tertangguh.
Pendapatan tertangguh memberi peluang kepada pekerja untuk bersara dengan jaminan ekonomi yang baik setelah bersara. Menerusi faedah ini pekerja akan menerima sejumlah wang untuk meneruskan kehidupan mereka selepas bersara. Bagi jawatan pembantu makmal mereka akan mendapat sejumlah wang sebagai ganjaran apabila mereka bersara kelak dan mereka juga dibayar pencen separuh dari gaji akhir mereka setiap bulan.
5.1.4    Pendapatan Perlindungan Suami / Isteri.
Pendapatan jenis ini bertujuan untuk memastikan pasangan dan ahli keluarga kepada pekerja mendapat perlindungan atau kebajikan setelah kematian pekerja tersebut. Bagi jawatan pembantu makmal pendapatan berbentuk kebajikan yang diberikan kepada pasangan atau keluarga selepas kematian pekerja tersebut ialah bayaran pencen untuk balu dan anak-anak. Bagi pembantu makmal yang menyertai mana-mana skim insuran mereka akan meninggalkan sejumlah pendapatan untuk balu dan anak-anak mereka.
5.1.5        Perlindungan Kesihatan dan Kemalangan.
Perlindungan jenis ini menyediakan pelbagai perkhidmatan insuran untuk memastikan kebajikan pekerja dan ahli keluarga mereka terjamin.Antaranya bayaran bil-bil hospital,rawatan kesihatan, pembedahan dan perlindungan penyakit-penyakit kritikal seperti kanser. Dalam jawatan pembantu makmal mereka menikmati semua bentuk rawatan adalah percuma untuk mereka, isteri, anak-anak dan ibu bapa mereka dengan menggunakan surat jaminan dari ketua jabatan organisasi mereka. Sekiranya mereka menyertai mana-mana insuran di bawah organisasi mereka, maka mereka boleh membuat tuntutan bagi bayaran rawatan yang telah dilakukan untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan perubatan di hospital kerajaan atau swasta.
5.1.6        Perlindungan Harta dan Liabiliti/Tanggungan.
Bagi melindungi harta dan liabiliti pekerja biasanya setiap harta yang di beli akan di sertakan dengan insuran. Bagi jawatan pembantu makmal perlindungan aset atau liabiliti ini dinikmati apabila mereka membuat pinjaman pembelian seperti kereta, rumah, komputer dan lain-lain. Kemudahan pinjaman tersebut adalah disertai dengan perlindungan insuran.
5.1.7        Perkhidmatan dan Faedah Kumpulan Khas (Keistimewaan).
Perkhidmatan dan faedah kumpulan khas ini hanya diperolehi oleh pegawai-pegawai utama pengurusan dan profesional dalam organisasi yang berupa bayaran wad dan perubatan kelas pertama. Bagi jawatan sebagai pembantu makmal tidak dapat menikmati skim ini kerana perjawatan mereka adalah kumpulan sokongan sahaja.
5.2.      PERKHIDMATAN PEKERJA
       Perkhidmatan pekerja merupakan satu kaedah kebajikan yang di berikan oleh majikan kepada para pekerjanya.Antara komponen utama perkhidmatan pekerja adalah bayaran bagi masa tidak bekerja, ketidakhadiran bekerja tanpa bayaran, dan pembayaran keseimbangan pendapatan dan bayaran balik perbelanjaan. Secara terperinci di berikan dibawah ini :
5.2.1    Bayaran Bagi Masa Tidak Bekerja.
Pelbagai bentuk bayaran bagi masa tidak bekerja ditawarkan kepada pekerja antaranya ialah pelbagai jenis cuti, pilihan raya dan menghadiri kes mahkamah. Pelbagai contoh tersebut boleh dilihat dari jadual yang disertakan di bawah.
·         Cuti rehat
·         Percutian
·         Duti juri
·         Hari pilihanraya
·         Saksi di mahkamah
·         Duti sivik
·         Duti ketenteraan
·         Cuti kematian
·         Cuti ahli keluarga sakit
·         Cuti perkahwinan
·         Cuti isteri bersalin
·         Cuti bersalin
·         Cuti sakit
·         Masa untuk mengundi
·         Menderma darah
·         Perundingan kontrak
·         Masa makan tengahari dan pembersihan
·         Cuti peribadi
·         Cuti belajar
·         Cuti bersukan untuk negara

Terdapat seksyen-seksyen tertentu dalam Akta 1955 dan Undang-Undang Buruh Malaysia yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan faedah perlhidmatan untuk para pekerja ini. Akta-akta yang terdapat dalam dua undang-undang itu perlu sentiasa dirujuk dan dipatuhi demi keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi. Jawatan pembantu makmal menyediakan semua kemudahan-kemudahan yang tersebut di atas kepada penjawat-penjawatnya.


5.2.2          Ketidakhadiran Bekerja Tanpa Bayaran.
Para pekerja yang tidak berkerja sudah tidak menerima gaji, namun beliau masih lagi dilindungi oleh program ketidakupayaan,  perlindungan insuran nyawa dan perubatan oleh majikan. Bagi pembantu makmal apabila mereka bersara kelak mereka masih lagi menerima kemudahan rawatan perubatan secara percuma sebagaimana mereka berkerja dahulu.
5.2.3   Pembayaran Keseimbangan Pendapatan dan Bayaran Balik Bagi Perbelanjaan.
Pampasan jenis ini dibentuk selaras dengan perubahan dalam ekonomi dan permintaan cukai. Sebahagian pampasan tersebut disumbangkan oleh majikan. Contoh pampasan itu dapat dilihat dalam rajah dibawah:
ü      Sumbangan derma
ü      Khidmat kaunseling
ü      Penyediaan cukai
ü      Subsidi pendidikan
ü      Pengambilan anak angkat
ü      Penjagaan kanak-kanak
ü      Penjagaan warga tua
ü      Subsidi perkhidmatan makanan
ü      Program kesedaran kesihatan dan fizikal
ü      Pengangkutan pergi dan balik bekerja
ü      Perbelanjaan perjalanan
ü      Elaun bayaran balik pakaian
ü      Perbelanjaan pindahan lokasi
ü      Perumhan
ü      Pinjaman kecemasan

Bagi jawatan pembantu makmal sebahagian besar dari pampasan di atas dapat dinikmati oleh mereka seperti sumbangan derma, khidmat kaunseling, subsidi pendidikan, pengambilan anak angkat, penjagaan kanak-kanak, program-program kesedaran kesihatan dan fizikal, bekalan uniform kerja, bayaran menghadiri kursus yang berkaitan dengan tugas, perbelanjaan pertukaran dan perpindahan tempat kerja, perumahan dan pinjaman kecemasan dan wang pendahuluan bagi menghadiri kursus, bayaran dobi, penginapan hotel atau loging dan elaun makan dan harian bagi perjalanan menghadiri kursus.
Keseluruhannya faedah dan perkhidmatan pekerja banyak memberi manfaat kepada pekerja dan keluarga mereka, malah impak dari pemberian faedah ini juga di nikmati oleh pihak majikan atau organisasi apabila pekerja boleh meningkatkan prestasi kerja yang memuaskan apabila keperluan kehidupan mereka dipermudahkan dengan bantuan pelbagai faedah yang diberikan oleh majikan. Bagi pembantu makmal pemberian faedah-faedah ini cukup membantu mereka menjalani kehidupan dan pekerjaan mereka seharian dengan hati yang gembira dan selesa.
6.0  KESIMPULAN
Apa yang dapat dirumuskan mengenai perbincangan di atas ialah mengenai pakej pampasan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pekerja dan juga majikan.Pakej pampasan ini banyak menyumbang kepada prestasi  pekerja yang akan menentukan masa depan sesebuah organisasi itu. Dengan mengambil contoh jawatan sebagai pembantu makmal gred C17 dibawah kementerian pelajaran Malaysia,kita dapat melihat bagaimana pakej pampasan ini terbentuk. Dalam pakej pertama iaitu upah dan gaji menerangkan kepentingan gaji dan upah kepada pekerja dan bagaimana kadar ini ditetapkan.Manakala pakej kedua pula menerangkan tentang peningkatan dalam gaji dan upah telah merngsang prestasi pekerja antaranya adalah bayaran lebih masa dan elaun-elaun tertentu.
Elemen ketiga Pakej pampasan  menerangkan insentif jangka pendek dan insentif jangka panjang yang disediakan majikan. Berdasarkan  perjawatan pembantu makmal tersebut didapati bayaran insentif jangka pendek dan jangka panjang itu bukan sahaja telah menambah pendapatan bersih pekerja malah memberikan keselesaan kehidupan kepada ahli keluarga pekerja. Mengambil contoh jawatan pembantu makmal juga diterangkan elemen pampasan yang ke empat iaitu faedah pekerja dan perkhidmatan yang diterima oleh mereka dari masa bekerja sehinggalah mereka bersara mereka masih mendapat manfaat sebagaimana bekerja dulu. Sesungguhnya elemen-elemen pampasan ini amat penting dalam menetapkan gaji dan pelbagai insentif bayaran kerana pendapatan yang menasabah dengan kelayakan mereka akan meningkatkan prestasi kerja dan juga taraf hidup mereka sekeluarga.



















Ulasan