1.0 PENGENALAN:
Sebagai manusia setiap orang akan melalui pelbagai peringkat
perkembangan yang akan membentuk personaliti mereka sepanjang masa. Bermula
dari pertemuan sperma didalam rahim ibu hinggalah dilahirkan ,dari kanak-kanak
hinggalah dewasa dan meninggal dunia,pelbagai peringkat pertumbuhan dan
perkembangan yang akan di lalui oleh manusia.Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan individu ini ianya terbahagi kepada dua kategori
iaitu faktor endogen dan eksogen.Endogen bermaksud sifat yang di bawa oleh
individu sejak dalam kandungan hingga lahir.Manakala eksogen merupakan kesan
yang datang dari luar individu atau lebih dikenali sebagai faktor
persekitaran.Bila membincangkan tentang perkembangan individu,perkara yang
dibahaskan ialah antara faktor baka dan persekitaran yang manakah lebih memberi
pengaruh.Faktor persekitaran mempengaruhi dari aspek yang dibincangkan tadi
iaitu faktor endogen seperti baka,pemakanan,kesihatan ibu,dadah dan
alcohol,faktor Rh,merokok,kesan x’ray,emosi ibu,umur ibu, teratogenik dan
penyakit ibu.Manakala faktor eksogen pula mempengaruhi dari segi
pemakanan,keluarga,rakan sebaya,sekolah,tempat tinggal,media elektronik dan
sebaran am,pusat ibadat dan persekitaran dunia.Faktor baka pula mempengaruhi
aspek fizikal,fisiologi,kecacatan mental,sahsiah dan kecerdasan.Ringkasnya
disini faktor baka dan persekitaran masing-masing memainkan peranan yang cukup
besar kepada perkembangan individu.Biar besar mana pengaruh baka kepada
perkembangan individu ianya boleh di perbaiki dengan bantuan faktor-faktor
persekitaran.Apa yang jelas kedua-dua faktor baka dan persekitaran ini saling
berkait dalam membentuk peribadi seseorang manusia.Di bawah ini akan
dibincangkan secara terperinci mengenai faktor baka dan persekitaran ini.
1.1 DEFINISI BAKA:
Beberapa tafsiran mengenai
baka dalam Mohamad Saleh Lebar (1999),antaranya baka dalam bahasa
Inggeris :heredity yang berasal dari perkataan latin iaitu heres. Menurut
Derville(1979),baka atau keturunan ialah keseluruhan ciri-ciri fizikal dan
mental yang telah di wariskan secara biologi oleh ibu bapa kepada
anak-anak.J.AThompson (1961),menjelaskan baka ialah satu istilah yang
menyatakan perhubungan genetik di antara generasi manusia. Manakala
Newman(1983) mengatakan baka ialah perhubungan genetik dari generasi ke
generasi yang berikutnya.
Setiap
orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada
kedua-dua ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap
aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat.Rasulallah
s.a.w dalam hadisnya ada memesan kepada umatnya yang ingin berkahwin agar memilih
calon isteri yang memiliki empat kriteria utama iaitu agama,kecantikan,kekayaan
dan keturunan(baka). Di sini dapat di mengertikan bahawa faktor baka amat perlu
di tekankan dalam memilih calon isteri kerana Rasulallah s.a.w mahu kita
memastikan zuriat atau generasi seterusnya adalah anak-anak yang berkualiti
tinggi budi pekerti dan tingkah lakunya.
1.2 DEFINISI PERSEKITARAN:
Umumnya bila menyebut alam sekitar,kita
mentafsirkanya sebagai alam sekeliling.Dalam kajian psikologi takrifannya lebih
luas lagi. Tafsiran yang di kupas oleh Ee Ah Meng(1992) ialah ; Amram
Schienfeld (1980 ) mendefinisikan juga persekitaran merujuk kepada luaran
seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan lagi.
Norman L.Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat
di sekeliling unit-unit kebakaan.W.Edgar Vinacke menerangkan bahawa
persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks dan boleh mempengaruhi
tingkah laku seseorang. Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas
bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di
peringkat prenatal atau postnatal.Persekitaran yang mempengaruhi seseorang
individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan kedua orang ibu
bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga
lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta
bahan daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal
seseorang, masyarakat di sekelilingnya, rumah ibadat dan persekitaran dunia.
1.3 DEFINISI PERTUMBUHAN:
Pertumbuhan adalah
perubahan yang dapat di ukur daripada satu peringkat ke satu peringkat yang
lain dan dari satu masa kesatu masa yang lain.Dengan ini kuantiti perubahan itu
dapat dilihat dengan nyata daripada pengukuran yang di buat ke atas sesuatu
organisma itu.Pertumbuhan yang biasa,kecuali pertumbuhan yang di sebabkan oleh
kanser,selalunya berhenti manakala sesuatu
organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu
pertumbuhan tidak lagi berlaku (Atan Long, 1988)
1.4
DEFINISI PERKEMBANGAN:
Menurut Atan Long (1982),Perkembangan ialah perubahan yang
bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan ini tidak dapat di ukur secara
kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang
berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Contohnya seorang
kanak-kanak yang merangkak, beberapa bulan berikutnya dia pandai berdiri dan
mengatur langkah itulah yang di namakan perkembangan.Menurut Crow and
Crow(1980) ,perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta
cenderung kearah yang lebih baik dari
segi pemikiran,rohani,moral dan sosial. Sebagai contoh, kalau dulu masa berumur
5 tahun Ali hanya pandai membaca doa dan mengaji muqaddam tapi bila berumur
darjah satu Ali telah pandai mengerjakan solat lima waktu. Dengan ini jelas Ali
telah mengalami perkembangan. D.S.Wright dan Ann Taylor (1965)mentakrifkan
perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat(baka) dan
organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta
berhubung seiring dengan pertambahan umur. Terdapat banyak teori yang berkaitan
dengan perkembangan manusia seperti Teori Freud,Teori Erikson dan Teori Kohlberg,mereka mempunyai pendapat
yang tersendiri mengenai perkembangan manusia. Namun yang paling popular ialah
Teori Jean Piaget yang mana beliau membahagikan perkembangan manusia kepada
empat peringkat iaitu;
(1).
0-2 tahun(peringkat deria motor).Pada peringkat ini kanak-kanak menggunakan
deria motor dan deria yang lain untuk meninjau dan memahami dunia.
(2).
2 – 7 tahun.(peringkat pra-operasi).Pada peringkat ini kanak-kanak pra-sekolah
menggunakan keupayaan mereka berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan
masalah,tetapi pemikiran masih tidak mengikut kogik yang mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan.
(3).
7 – 11 tahun(operasi konkrit).Pada peringkat ini kanak-kanak memulakan
persekolahan,mereka mula berfikir secara logik dan konkrit.mereka menyelesaikan
masalah secara cuba jaya.
(4).
12 tahun ke atas(operasi formal).Pada peringkat ini remaja boleh berfikir
secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka panjang
sesuatu aksi.
KANDUNGAN:
2.0
KESAN PERSEKITARAN KEATAS PERKEMBANGAN MANUSIA
Faktor-faktor
yang memupuk perkembangan individu terbahagi kepada dua kategori iaitu faktor
endogen dan eksogen.Endogen ialah
ciri-ciri yang dibawa sejak dalam kandungan hingga lahir,Ia lebih merupakan
faktor-faktor genetik atau kebakaan dan eksogen pula ialah faktor yang datang
dari luar individu atau lebih difahami sebagai faktor-faktor dipersekitaran
individu tersebut.
2.1 Faktor Endogen
2.1.1
Baka
Daripada segi fizikal,individu akan mewarisi sifat
fizikal ibu bapanya seperti tinggi, bentuk badan, warna kulit,warna mata, warna
rambut, temperamen dan sebagainya(Buss & Plomin,1997). Terdapat kajian yang
menghasilkan sebahagian kecacatan mental adalah diwarisi. Misalnya, penyakit
Tay-Sachs. Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mati pada umur 3
atau 4 tahun kerana kegagalan badan mereka untuk memecahkan lemak. Jika kedua-dua
ibu bapa membawa gen penyakit ini, anak mereka mempunyai peluang 25% menghidap
penyakit ini. Penyakit lain yang boleh diwarisi adalah seperti sindrom Down,
Phenylketonuria, Anemia Sel Sikel (Asmawati Desa,1996).
Selain itu, terdapat juga
kajian mendapati sahsiah adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalui
baka. Beliau mengatakan bahawa
temperamen, iaitu tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan
berkekalan pada individu sepanjang hayatnya. Di dalam kajian mereka, Loehlin
dan Plomin, juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah
disebabkan pewarisan baka, misalnya; personaliti ekstrovert dan personaliti
introvert.
Alfred Binet, Theodore dan Guiford
mempercayai kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui
pengajaran. Bagaimanapun, Howard Gardner et al. tidak bersetuju dengan pendapat
mereka dan beliau mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan
melalui pembelajaran dan memberi persekitaran yang kondusif untuk membolehkan
pembelajaran berlaku.
2.1.2
Pemakanan
Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat merupakan
satu keperluan bagi ibu dan fetus di dalam kandungan. Zat makanan yang tidak
mencukupi akan menyebabkan perkembangan sel otak dan janin yang lambat. Saiz
otak janin boleh menjadi kecil dan perkembangan intelektual terbantut.
2.1.3
Kesihatan Ibu
Ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan
memakan makanan yang seimbang dan mengurangkan penggunaan gula dan garam untuk
mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi serta preaklamsia.Selain itu, ibu juga harus
menjalani pemeriksaan doktor mengikut jadual yang ditetapkan.
2.1.4 Dadah
dan Alkohol
Ibu yang hamil harus mengelak daripada mengambil
dadah apa jenis pun, begitu juga ubat-ubatan mestilah dalam dos yang di benarkan
oleh doktor kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangan bayi dalam
kandungan yang mana akan menyebabkan pelbagai bentuk kecacatan mental atau
fizikal. Pengambilan alkohol pula akan menyebabkan bayi menghidapi fetal
alcohol syndrome.
2.1.5 Merokok
Jika ibu mengandung merokok, janin akan mengalami
kekurangan oksigen kerana pembuluh darah mengecut. Karbon monoksida yang
disedut akan meningkatkan kandungan karbon dalam hemoglobin ibu. Keadaan ini
mengurangkan pengoksidaan darah dan seterusnya janin akan mengalami kekurangan
bekalan oksigen. Ini boleh menyebabkan kecacatan otak dan ukuran lilitan kepala
yang kurang.
2.1.6
Rh
darah
Apabila perempuan
yang berdarah Rh negetif berkahwin dengan lelaki yang berdarah Rh
positif,biasanya anak yang dilahirkan adalah berdarah Rh positif.Semasa
hamil,ibu yang berdarah Rh negetif akan menghasilkan antibodi yang berupaya
untuk memusnahkan sel darah fetus yang
mengalir melalui uri dan memasuki darah
ibunya.
2.1.7
Kesan
X-Ray
Kajian menunjukkan
kesan X-Ray pada ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan pada fetus yang
dikandungnya. Ini termasuklah sinaran laser dan radioaktif.
2.1.8
Emosi
Ibu
Emosi
seperti marah, kebimbangan, kecemasan akan merangsangkan penghasilan hormon adrenalin ibu dan menyebabkan
darah daripada rahim mengalir ke anggota tubuh yang lain. Keadaan ini akan
menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada janin.
2.1.9
Umur
Ibu
Umur
ibu mengandung ada berkaitan dengan risiko kematian janin. Semakin muda umur
ibu, semakin tinggi risiko mengalami keguguran, anak tidak cukup bulan dan
kematian anak. Ibu yang berumur antara 20-35 tahun merupakan masa yang paling
baik untuk melahirkan anak.Ibu yang berumur 40 tahun pula mungkin mengalami
keabnormalan kromosom dan melahirkan bayi monggoloid atau bayi sindrom Down.
2.1.10
Teratogenik dan Penyakit Ibu
Teratogen ialah
sebarang bahan yang menyebabkan perubahan di dalam kod genetik yang menyebabkan keabnormalan. Ia
adalah bahan dalam persekitaran dan bukan gen yang diwarisi daripada ibu atau
ayah. Ia boleh berbentuk fizikal seperti radiasi, jangkitan seperti rubela
dan bahan kimia seperti kortison dan tahlidomida.Agen teratogenik boleh
menghentikan penghasilan protein, gangguan kepada perkembangan dan
perkembangan yang tidak lengkap. Kehadiran bahan ini amat berbahaya kepada
fetus semasa pembentukan anggota badan fetus. Penyakit AIDS juga boleh
berpindah dari ibu ke fetus.Contoh teratogen ialah ubat kanser,antibiotik dan
ramuan alkohol.
|
2.2 Faktor Eksogen
Faktor eksogen juga di kenali sebagai faktor diluar diri
individu,merangkumi faktor-faktor persekitaran yang amat mempengaruhi
perkembangan perangai seseorang.Antara faktor itu ialah:
2.2.1
Pemakanan
Pemakanan yang berkhasiat adalah amat penting di
dalam pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak. Pemakanan yang sesuai untuk bayi
yang baru dilahirkan adalah susu ibu. Susu ibu mengandungi segala khasiat dan
membekalkan antibodi yang diperlukan oleh bayi.
2.2.2
Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting di dalam
perkembangan manusia. Ibu bapa menpengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak.Menurut
Diana Baumrind(1971), cara asuhan yang efektif ialah otoritatif, iaitu memberi
kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletak batasan yang perlu
diikuti.
2.2.3
Rakan
Sebaya
Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula
bersosial di luar rumah selain daripada adik-beradiknya. Menurut Berk, rakan
sebaya ialah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan
seseorang individu. Melalui rakan sebaya, individu memperoleh kemahiran untuk
menyesuaikan diri di dalam masyarakat.
2.2.4
Sekolah
Sekolah merupakan agen sosialisasi yang lebih
luas.Di sekolah, individu boleh mempelajari tentang norma dan peraturan dalam
kumpulan yang besar seperti masyarakat.
2.2.5
Tempat
Tinggal
Tempat tinggal merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi perkembangan manusia daripada segi pembelajaran dan budaya atau
gaya kehidupannya. Ini termasukklah sistem moral dan nilai serta “world veiw” seseorang. Secara amnya,
tempat tinggal dibahagikan kepada tiga kawasan, iaitu bandar, luar bandar dan
pinggir bandar. Biasanya, individu yang tinggal di kawasan bandar adalah lebih
terbuka fikirannya, optimistik, bertenaga dan bercita-cita tinggi seperti ingin
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Manakala individu di
kawasan luar bandar pula suka bekerjasama, hubungan yang lebih rapat dengan
individu yang lain dan mementingkan nilai-nilai murni
2.2.6
Media
Elektronik dan Sebaran Am
Pada masa kini, hubungan manusia adalah tidak terbatas
dengan kewujudan komputer. Manusia dapat bertukar maklumat dan berkomunikasi
melalui internet seperti laman sosial facebook,twitter,friendster dan lain-lain
lagi. Dengan kata lain, dengan hubungan yang lebih luas melalui maya pelbagai
maklumat,kegemaran,cara berpakaian,pemakanan yang boleh di kongsi dan
mempengaruhi perkembangan manusia hari ini.
2.2.7
Pusat
Ibadat
Kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan tempat
ibadat akan terdedah kepada falsafah, ajaran cara hidup di dalam pembentukan
nilai, moral, pergaulan dan sebagainya.
2.2.8
Persekitaran
Dunia
Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh yang
berlaku di seluruh dunia telah menyedarkan kita untuk mewujudkan keamanan di
seluruh dunia. Hasilnya, ialah individu dan rakan sebaya yang prihatin mengutip
derma untuk membantu mereka. Ini bermakna nilai individu telah meningkat ke
tahap yang lebih tinggi.
3.0 PENGARUH BAKA KE
ATAS PERKEMBANGAN MANUSIA.
Teori kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang paderi Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Eksperimen-eksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai “swee peas” telah merintiskan jalan kepada ilmu genetik.Prinsip-prinsip yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi daripada gen-gen yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan di mana dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya Satu gen dominan menindasi yang lemah dipanggil gen resesif.Gen adalah penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh baka adalah dari aspek berikut:-
3.1. Kesan Fizikal
Teori biologi William H. Sheldom dalam Mohammad Aziz Shah (1924:pg73) mengkategorikan tiga jenis bentuk badan iaitu endomorf, ektomorf dan mesomorf. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.
Teori kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang paderi Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Eksperimen-eksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai “swee peas” telah merintiskan jalan kepada ilmu genetik.Prinsip-prinsip yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi daripada gen-gen yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan di mana dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya Satu gen dominan menindasi yang lemah dipanggil gen resesif.Gen adalah penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh baka adalah dari aspek berikut:-
3.1. Kesan Fizikal
Teori biologi William H. Sheldom dalam Mohammad Aziz Shah (1924:pg73) mengkategorikan tiga jenis bentuk badan iaitu endomorf, ektomorf dan mesomorf. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.
3.2. Mental /Kognitif
(Kecerdasan)
Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Tahap kecerdasan , biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh persekitaran tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu juga dengan aspek intelek, yang mana sebahagiannya diwarisi. Baka menentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu mengikut Anastasi (1958) dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita berbahas yang mana faktor yang lebih penting dalam proses perkembangan. Yang pentingnya ialah kita mesti membincangkan bagaimana faktor persekitaran dan baka merangsang proses perkembangan manusia.Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran.
Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Tahap kecerdasan , biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh persekitaran tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu juga dengan aspek intelek, yang mana sebahagiannya diwarisi. Baka menentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu mengikut Anastasi (1958) dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita berbahas yang mana faktor yang lebih penting dalam proses perkembangan. Yang pentingnya ialah kita mesti membincangkan bagaimana faktor persekitaran dan baka merangsang proses perkembangan manusia.Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran.
3.3 Kecacatan mental juga disebabkan oleh
perwarisan genetik, misalnya kebodohan individu terjadi apabila ibu dan bapa
ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Mengikut Imam Ghazali dalam buku
Ihya’ Ulumuddin,lelaki yang hendak berkahwin dilarang mengahwini saudara mereka
yang rapat kerana dikhuatiri akan melahirkan anak –anak yang lemah akal fikiran
dan berpenyakit.Faktor ini di sokong oleh kajian Papalia & Olds (1985)
iaitu perkahwinan dalam keluarga yang terdekat boleh menyebabkan kanak-kanak
yang dilahirkan menjadi tidak normal,tidak sihat dan berpenyakit.Penyakit yang
dimaksudkan itu ialah thalasemia,hemofilia,terencat akal,gangguan personaliti,gila,lemah
jantung,darah tinggi,barah buah dada dan lain-lain.Kajian juga mendapati
sebahagian daripada kecacatan mental adalah diwarisi namun dengan bantuan
faktor-faktor dipersekitaran seperti teknologi,pemakanan, ubatan yang
berkualiti dan pembelajaran yang khas
untuk golongan cacat mental ini kehidupan mereka tidaklah teruk sebagaimana
sepatutnya malah mereka boleh mengurus diri sendiri..
3.4 Sahsiah
Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalui baka. Helen Bee (1995), mengatakan temperamen iaitu tret–tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan kekal pada individu sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam (Shaffer, 1999) juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka. Contohnya personaliti ekstrovert, di mana seseorang lebih suka bersosial dan selalu gembira; dan introvert di mana individu biasanya pemalu, suka menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang. Contohnya, kanak–kanak yang suka bergaul akan mencari kawan yang suka bergaul, mereka yang suka bergaul pula akan mencari atau memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman, 1997).
Kajian Plomin, (1990) dalam Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu yang ada pertalian keluarga. Persamaan skor IQ di kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggi berbanding lain–lain bentuk persaudaraan. Gesell A.L(1880-1961)) percaya bahawa perkembangan kanak–kanak ditunjukkan dari dalaman dengan perlakuan baka. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan. Menurut Gesell lagi, semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang tersendirinya ditentukan oleh gen.
3.4 Sahsiah
Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalui baka. Helen Bee (1995), mengatakan temperamen iaitu tret–tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan kekal pada individu sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam (Shaffer, 1999) juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka. Contohnya personaliti ekstrovert, di mana seseorang lebih suka bersosial dan selalu gembira; dan introvert di mana individu biasanya pemalu, suka menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang. Contohnya, kanak–kanak yang suka bergaul akan mencari kawan yang suka bergaul, mereka yang suka bergaul pula akan mencari atau memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman, 1997).
Kajian Plomin, (1990) dalam Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu yang ada pertalian keluarga. Persamaan skor IQ di kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggi berbanding lain–lain bentuk persaudaraan. Gesell A.L(1880-1961)) percaya bahawa perkembangan kanak–kanak ditunjukkan dari dalaman dengan perlakuan baka. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan. Menurut Gesell lagi, semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang tersendirinya ditentukan oleh gen.
Bagi Gesell, perbezaan
individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik
dalaman. Kamarulzaman (2003), mengatakan
kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor dalaman,
terutama gen, iaitu bahan kimia yang terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen
yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Kita tahu
bahawa gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka menerima isyarat daripada
“ cytoplasm” iaitu persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan perbezaan
antara faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat
menganggap kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun
bersama dengan faktor lain.
4.0
KESIMPULAN:
Pertumbuhan dan perkembangan manusia sering di
jadikan topik utama dalam bidang psikologi perkembangan manusia.Ini disebabkan
oleh keunikan konflik yang berlaku dalam proses pertumbuhan dan perkembangan
manusia semasa melalui proses transformasi dari alam kanak-kanak kealam dewasa.Persoalan yang sering timbul
dan menjadi perdebatan di kalangan pengkaji ialah antara faktor baka dan
persekitaran yang manakah lebih mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan
seseorang individu.Pertumbuhan dan perkembangan
dapat dilihat di dalam empat aspek iaitu aspek jasmani,mental ,sosial
dan emosi.Dari aspek jasmani proses pertumbuhan manusia lebih bersifat
kuantitatif,iaitu dapat dilihat dan diukur dari sudut ketinggian,saiz,berat
badan dan bilangan gigi .Manakala proses perkembangan pula lebih bersifat
kualitatif atau tidak dapat diukur dengan tepat namun dapat
diperhatikan.Sebagai contoh,dalam aspek jasmani proses perkembangan dapat
dilihat dengan pertambahan kemahiran menggunakan anggota seperti
mengangkat,berjalan,berlari dan melompat.
Pertumbuhan jasmani manusia seperti ketinggian dan saiz badan di
pengaruhi oleh baka namun factor persekitaran seperti corak pemakanan amat
mempengaruhi proses perkembangan dan pertumbuhan mereka,yang mana makanan yang
bernutrisi mampu membantu manusia mencapai pertumbuhan pada tahap maksimun.
Dari aspek mental juga
didapati faktor baka, menjadikan
perwatakan seseorang individu di warisi
dari susur galur genetiknya seperti sifat panas baran,sawan,gila yang
disebabkan oleh gangguan jiwa kesan dari bawaan DNA keturunan. Keturunan yang
pandai akan melahirkan anak yang mempunyai kecerdasan yang tinggi begitu juga
sebaliknya.Namun jika kanak-kanak tersebut tidak diberi pendidikan dan
pendedahan yang baik,kecerdasan tersebut tidak akan berkembang dengan baik.Oleh
itu bagi membentuk individu yang mempunyai kemahiran intelek yang tinggi,
persekitaran mereka perlulah amat baik dan kondusif, hal ini termasuklah cara
didikan ibu-bapa dan pembelajaran di sekolah.Namun pengaruh baka ini bukanlah satu faktor yang
kritikal malah ia di pandang sebagai satu sebab terpencil dalam kajian
psikologi dan perubatan moden hari ini kerana ia mampu di kawal melalui
pemakanan,ubat-ubatan dan teknologi canggih hari ini.
Dari sudut pertumbuhan dan
perkembangan sosial pula,ciri-ciri
kebakaan seperti ekstrovert,introvert dan ambivert dapat diwarisi.Namun faktor
persekitaran dapat mengubah ciri-ciri tret individu tersebut.Walaupun individu
itu mempunyai ciri-ciri ekstrovert di rumah tetapi sekiranya dia tidak di
dedahkan dengan suasana sosial di luar dia tidak akan dapat menzahirkan
ciri-ciri semulajadi tersebut apabila berada dalam masyarakat malah
berkemungkinan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.Faktor media,rakan sebaya
dan masyarakat sekeliling amat mempengaruhi perkembangan dan
pertumbuhan mereka.Dari perbincangan diatas dapatlah disimpulkan bahawa
pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh baka dan
persekitaran yang bertindak dan berinteraksi bersama-sama untuk mencapai had
maksimun perkembangan manusia dan membentuk personaliti yang terbaik dari masa
ke semasa.
PlayAmo Casino NZ | MapyRO
BalasPadamFind out all about PlayAmo Casino online with real player to allow you to 경산 출장샵 access 성남 출장안마 the entire PlayAmo 하남 출장샵 casino 거제 출장안마 website directly from your browser. 당진 출장안마