SELAMAT TAHUN BARU 2012

Tahun baru datang lagi.Selamat datang 2012 dan selamat tinggal 2011 dengan dosa dan pahala yang tidak bersukat.Azam tu tidaklah,cuma sempena tahun baru ni nak mengurangkan dosa-dosa kecil seperti melewat-lewatkan solat ,mengulas cerita atau gosip rakan-rakan di tempat kerja dan macam2 lagi.Menambahbaik hal-hal dalam rumahtangga seboleh mungkin berkaitan anak2 dan juga suami.Pendek kata macamana nak membawa atau menambah keberkatan dalam kehidupan.
Sejak memasuki alam 40-an ini hati rasa lebih cool..adik-adik kat ofis gegak dgn isu dan cerita,berebut itu-ini aku rasa tenang je macam bawak kereta gear 4 slow and steady 60km /jam.Era 40-an ini cukup terasa perbezaannya dgn umur 7-8 thn yang lalu.
Apa yang dapat di harapkan 2012 ini hidup dan rumahtangga akan bertambah baik.Kerjaya pula mcm tu jgk dah masuk 12 thn aku duk kat makmal biologi nih mintak tukar ke makmal lain tapi tak di beri pergi ,apa alasannya akupun tak tahulah.Ingat tahun 2012 ni nk berhijrah biar nampak nak membangunkan prestasi kerja,nak ambik mood baru ..tp tak di lepaskan pulak nk buat camana.Bosannya kerjaaaa...
Apapun pada pengajian mendatang ini aku akan berusaha untuk menambah nilai CGPA dari semester ke semester.
Semoga 2012 akan membawa kecermelangan dalam kehidupan aku malah rakan2 juga.INSYAALLAH.

Ulasan