KESAN CUKAI LANGSUNG KE ATAS EKONOMI MALAYSIA(CUKAI INDIVIDU)



1.0  PENGENALAN:
Sistem percukaian di Malaysia mempunyai kepelbagaian yang mana cukai ini  merupakan aset penting sebagai pendapatan kerajaan Malaysia.”Cukai di definisikan sebagai bayaran wang atau bukan wang yang di wajibkan oleh pihak kerajaan terhadap isi rumah atau firma untuk membiayai perbelanjan kerajaan”.(Munzarina et. al.2011).Cukai di anggap sebagai bocoran dari aliran pusingan pendapatan negara kerana keuntungan firma akan di kurangkan selepas dikenakan cukai keuntungan syarikat.Manakala pendapatan boleh guna isi rumah akan di kurangkan setelah di kenakan cukai pendapatan persendirian.Cukai ini tidak boleh mempergiatkan aktiviti ekonomi sekiranya kerajaan tidak membelanjakan hasil cukai tersebut.
Cukai-cukai yang di kutip oleh kerajaan Malaysia dikategorikan kepada dua iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung.Cukai langsung ialah cukai yang di kutip secara terus daripada pihak yang wajib bayar dan beban cukainya tidak boleh di pindahkan kepada pihak yang lain.contohnya cukai pendapatan individu.Manakala cukai tidak langsung pula merupakan cukai yang boleh di agihkan sepenuhnya atau sebahagiannya kepada orang lain selain mereka yang dikenakan cukai tersebut.Contohnya adalah duti eksport,duti import,duti eksais,cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Sistem percukaian di Malaysia merangkumi tiga bentuk cukai iaitu cukai progresif,cukai berkadaran(proposional) dan cukai regresif.Cukai progresif ialah cukai yang kadarnya semakin tinggi apabila pendapatan bertambah.contohnya cukai pendapatan individu.Cukai berkadaran pula ialah cukai yang yang di kenakan pada kadar yang tetap dan tidak di pengaruhi oleh pendapatan.Ini bermakna jika pendapatan bertambah,kadar cukai masih sama tetapi jumlah cukai yang perlu di bayar yang bertambah.Contohnya Cukai pendapatan syarikat.Manakala cukai regresif pula ialah cukai yang kadarnya semakin menurun apabila pendapatan bertambah.Contohnya cukai jualan ke atas barang keperluan seperti beras.( Chang L.M &  Foong H.Y,2007).Apa yang akan di bincangkan di sini ialah cukai langsung iaitu khusus kepada cukai pendapatan individu.Apa itu cukai pendapatan individu dan kesan pelaksanaannya kepada ekonomi Malaysia
KANDUNGAN:

2.0  CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU
Cukai pendapatan individu ialah satu cabang dari pendapatan langsung kerajaan Malaysia.Cukai langsung ini di letakkan di bawah kawal selia  Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN).Cukai Pendapatan bermaksud cukai yang di kenakan ke atas semua jenis pendapatan yang di terima oleh individu  atau syarikat di Malaysia atau luar Malaysia(Seksyen 3 ACP).Jeyapalan Kasipillai & Mustafa Mohd.Hanefah.(1998).
Individu Yang Layak Membayar Cukai:
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB(Potongan Cukai Bulanan), pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Dibawah ini di lampirkan jadual cukai pendapatan individu  yang di kenakan ,Berdasarkan laman http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=5&unit=1&sequ=1
  (12hb Mac,2012)
2.1   JADUAL KADAR CUKAI


                                                               JADUAL CUKAI



KATEGORI
BANJARAN PENDAPATAN BERCUKAI(a)
PENGIRAAN
RM
(b)
KADAR
%
(c)
CUKAI
RM
(d)
A
0 - 2,500
2,500 pertama
0
0
B
2,501 - 5,000
2,500 berikutnya
1
25
C
5,001 - 10,000
5,000 pertama
5,000 berikutnya
3
25
150
D
10,001 - 20,000
10,000 pertama
10,000 berikutnya
3
175
300
E
20,001 - 35,000
20,000 pertama
15,000 berikutnya
7
475
1,050
F
35,001 - 50,000
35,000 pertama
15,000 berikutnya
12
1,525
1,800
G
50,001 - 70,000
50,000 pertama
20,000 berikutnya
19
3,325
3,800
H
70,001 - 100,000
70,000 pertama
30,000 berikutnya
24
7,125
7,200
I
100,001 - 150,000
100,000 pertama
50,000 berikutnya
27
14,325
13,500
J
150,001 - 250,000
150,000 pertama
100,000 berikutnya
27
27,825
27,000
K
Lebih 250,000
250,000 pertama
setiap ringgit berikutnya
27
54,825
..............
Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing
Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.
Apa itu Skop Pengenaan Cukai?
Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

2.2 REBAT CUKAI
Berdasarkan maklumat dari laman web . http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110-ekonomi/5544-implikasi-cukai-subsidi-kepada-negara.html, (12hbMac 2012).Rebat Cukai Pendapatan Bagi Individu Yang Mempunyai Pendapatan Bercukai Kurang Daripada RM35,000.Sila lihat lampiran taksiran berikut:
No
Rebat Cukai
Tahun Taksiran
2001 - 2008
(RM)
Tahun Taksiran
2009 & Seterusnya
(RM)
a
Taksiran Berasingan
Isteri
Suami
-
350
350
-
400
400
b
Taksiran Bersama
Isteri
Suami
-
350
350
-
400
400
Jumlah
700
800
b
Taksiran Di mana Salah Seorang Suami Atau Isteri Tiada Jumlah Pendapatan 
Isteri
Suami
-

350
350
-

400
400
Jumlah
700
800


Lain-Lain Rebat Cukai
No
Rebat Cukai
(RM)
a
Zakat/Fitrah
Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan
b
Levi Pekerja Asing
Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan
2.3  PELEPASAN CUKAI INDIVIDU
Dibawah ini disediakan jadual bagi kaedah pelepasan cukai pendapatan individu pada tahun 2010 dan 2011.
Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
9,000
2
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
5,000 (Terhad)
3
Peralatan Sokongan Asas
5,000 (Terhad)
4
Individu Kurang Upaya
6,000
5
Yuran Pendidikan (Sendiri)
5,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati
5,000 (Terhad)
7
Pemeriksaan perubatan penuh
500 (Terhad)
8
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
1,000 (Terhad)
9
Pembelian komputer peribadi untuk individu
3,000 (Terhad)
10
Tabungan bersih dalam skim SSPN
3,000 (Terhad)
11
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
300 (Terhad)
12
Yuran langganan Jalur Lebar
500 (Terhad)
13
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
10,000
(Terhad)
14
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
3,000 (Terhad)
15
Suami/Isteri kurang upaya
3,500
16
Anak di bawah umur 18 tahun
1,000
17
Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa
1,000
18
Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan
4,000
19
Anak Kurang upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan
5,000
20
Insuran nyawa dan KWSP
6,000 (Terhad)
21
Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa)
1,000 (Terhad)
22
Insurans pendidikan dan perubatan
3,000 (Terhad)

Berdasarkan jadual Pelepasan cukai di atas menerangkan Pelepasan berjumlah RM9,000 untuk diri sendiri dan saudara tanggungan.Perubatan ibu bapa terhad kepada RM5,000. Pembelian alat sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami /isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya dihadkan kepada RM5,000. Pelepasan RM6,000 diberi kepada individu yang kurang upaya.Bayaran yuran pendidikan tahunan terhad kepada RM5,000.
Untuk perbelanjaan perubatan bagi penyakit yang sukar diubati Rm5000.Pemeriksaan perubatan penuh potongan terhad kepada RM500.Manakala perbelanjaan pembelian mana-mana buku dan majalah terhad kepada RM1,000.Potongan RM3,000 pembelian komputer peribadi.Pelepasan simpanan ke dalam tabung SSPN RM3,000 setahun.Potongan cukai terhad kepada RM300 atas pembelian.Potongan sebanyak RM500 untuk perbelanjaan ke atas langganan jalur lebar.Potongan cukai terhad kepada RM10,000 keatas faedah pembelian rumah ,setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut.Bayaran alimoni kepada bekas isteri sebanyak RM3,000.Bagi suami/isteri yang kurang upaya pelepasan RM3,500.Pelepasan anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun dalam tahun semasa adalah sebanyak RM1,000.Pelepasan anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa sebanyak RM1,000.Pelepasan untuk anak yang kurang upaya dibenarkan sebanyak RM5,000.Pelepasan bagi insuran nyawa dan KWSP terhad sebanyak RM 6000,Skim anuiti baru sebanyak RM1000 dan pelepasan RM3000 untuk insuran pendidikan dan perubatan.

3.0  KESAN CUKAI LANGSUNG :
Perkembangan yang berlaku keatas cukai langsung terutama pendapatan individu memberi impak yang besar kepada banyak aspek.Kejadian samada gaji naik atau statik,jumlah pembayar cukai yang membayar cukai,semuanya memberi kesan terutama kepada pertumbuhan ekonomi,kesan kepada pendapatan kerajaan,kesan kepada belanjawan negara dan juga agihan hasil kekayaan tersebut.

3.1  KESAN KE ATAS PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA
Penurunan kadar cukai individu maksimum daripada 28% kepada 27% telah memberi berita gembira kepada individu yang berpendapatan lebih daripada RM100 ribu setahun.Kenaikkan pelepasan diri daripada RM8 ribu kepada RM9 ribu juga telah memanfaatkan golongan yang berpendapatan lebih daripada RM30 ribu setahun walaupun bilangan yang mendapat manfaat daripada kenaikkan tersebut hanya merupakan bilangan kecil namun cukup menggembirakan golongan pembayar cukai ini. Mengikut statistik yang diperoleh daripada Pertanyaan Parlimen pada tahun 2009, 57peratus isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000. Merekalah golongan yang besar, lemah dan mangsa kepada krisis ekonomi kebelakangan ini. Pendapatan perkapita yang tinggi akan menyebabkan penambahan kepada hasil cukai negara.Perbelanjaan yang dilakukan oleh mereka ini akan terus menjana ekonomi negara malah si pembayar cukai ini dengan rela akan menerima keputusan kerajaan untuk menarik balik sesetengah subsidi yang telah di berikan kepada mereka.Pengurangan subsidi ini juga akan memberi pulangan kepada kerajaan.

3.2  KESAN KE ATAS PENDAPATAN KERAJAAN MALAYSIA.
Bagi rakyat, cukai adalah satu perkara yang boleh mengurangkan sumber kewangan mereka. Tetapi rakyat juga perlu ingat, mereka bertanggungjawab untuk membayar cukai, jika tidak sesebuah kerajaan yang gah macam mana sekalipun tidak mampu untuk melaksanakan semua dasar dengan lancar jika "ongkosnya" tidak mencukupi.Bayangkan juga terdapat individu yang tidak mahu membayar cukai. Mereka inilah golongan yang berasakan hasil yang mereka perolehi tidak perlu disumbangkan kembali kepada kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Jadi, sejauh manakah jumlah cukai yang rakyat sanggup bayar lantaran pendapatan mereka yang tidak mencukupi ini? Usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat pada tahap berpendapatan tinggi merupakan satu inisiatif yang mengutamakan rakyat. Jika rakyat mempunyai pendapatan perkapita yang tinggi  mereka tidak keberatan untuk menunaikan kewajipan membayar cukai.Apabila semua orang yang layak membayar cukai maka pendapatan kerajaan akan bertambah seterusnya hasil dari cukai ini boleh digunakan untuk melaksanakan pembangunan kepada rakyat malah pada masa itu mereka juga telah bersedia andainya kerajaan ingin menarik balik sesetengah subsidi. Namun pendapatan yang tinggi sahaja tidak mencukupi jika perkara kedua, iaitu harga barangan berada pada tahap yang sentiasa meningkat. Ambil sahaja contoh mudah harga barangan sebelum harga minyak naik pada tahap tertinggi tahun lepas berbanding dengan masa sekarang. Ini bermaksud, harga minyak amat memainkan peranan penting dalam menentukan harga barangan dan akhirnya boleh memberi kesan kepada sumber kewangan rakyat. Maka, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan merupakan satu lagi usaha yang bakal mengekang harga barangan daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.Oleh itu kenaikan pendapatan rakyat jangan lah pula disertakan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan.
3.3  KESAN KEPADA BELANJAWAN KERAJAAN
Mengikut Hamzaid Yahya(1990),Belanjawan kerajaan menerangkan apakah barangan dan perkhidmatan yang akan dibeli oleh kerajaan pada tahun akan datang,apakah pindahan yang akan dibuat dan bagaimana membiayai perbelanjaan.Pada kebiasaannya,belanjawan kerajaan akan dibiayai dari pelbagai sumber cukai,termasuklah cukai pendapatan individu.Cukai  ini  merupakan penyumbang utama kepada pendapatan negara yang akan dikutip oleh kerajaan.Tapi sumber cukai ini biasanya tidak dapat menampung semua perbelanjaan dan pindahan yang dirancang.Apabila perbelanjaan kerajaan melebihi hasil,belanjawan kerajaan berada dalam keadaan deficit,atau disebut belanjawan deficit.Tetapi,sebaliknya jika hasil cukai kerajaan melebihi perbelanjaan,belanjawan tersebut akan mengalami lebihan atau di sebut belanjawan lebihan.
Rajah di atas menunjukkan bagaimana belanjawan itu berkait dengan keluaran Dalam Negara kasar(KDNK).Kita mengandaikan bahawa,pertama jumlah perbelanjaan kerajaan ialah RM160 juta dan kedua,pendapatan kerajaan adalah semata-mata dari hasil cukai yang bergantiung kepada tingkat pendapatan pada kadar cukai t=0.2.Maka jumlah hasil cukai adalah sama dengan kadar cukai(t) darab dengan pendapatan atau R=tY=0.2Y.Hasil cukai ini adalah kosong apabila tingkat pendapatan sama dengan kosong.Hasil cukai akan sama dengan RM80 juta apabila tingkat pendapatan negara sama dengan RM400 juta dan seterusnya.Hasil cukai ini akan sama dengan belanjawan kerajaan iaitu RM160 juta,apabila pendapatan atau output negara mencapai tahap RM800 juta.Jika pendapatan kurang dari RM800 juta,kerajaan akan mengalami defisit.Semakin rendah tingkat pendapatan,semakin besarlah defisit belanjawan ini.Sebaliknya jika pendapatan/output melebihiRM800juta,negara akan mengalami belanjawan lebihan.           Seterusnya semakin tinggi pendapatan,semakin tinggi lebihan belanjawan bagi negara.  Berdasarkan petikan dari  akhbar Berita Harian bertarikh 20hb Febuari 2012 yang melaporkan hasil dari sistem kutipan cukai yang cekap dan dasar perbelanjaan berhemat berjaya menurunkan  defisit negara bagi 2011 kepada lima peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) berbanding 5.6 peratus pada tahun 2010.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,berkata dua pendekatan berjaya meningkatkan hasil pendapatan negara sebanyak 16.1 peratus kepada RM185.4 billion pada 2011 berbanding RM159.7 billion tahun sebelumnya.Katanya lagi kebanyakan peningkatan hasil pendapatan negara datang daripada kutipan cukai langsung dengan angka hampir RM20 billion dan lebih dari 50 peratus daripada jumlah itu ialah hasil dari cukai pendapatan individu.Ini bermaksud, katanya lagi,pergerakan ekonomi negara berada pada landasan yang betul selain pendapatan perkapita rakyat meningkat sehingga individu negara ini mampu membayar cukai kepada kerajaan. Beliau juga di laporkan menyatakan hasrat kerajaan untuk mengurangkan fiskal pada tahun ini.
Antara kaedah yang bakal dilaksanakan bagi menjayakan matlamat itu ialah menggalakkan perbelanjaan domestik oleh sector swasta selain meneruskan dasar perbelanjaan berhemah.Perbelanjaan domestik penting kerana kesannya lebih besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan melaluinya juga kita yakin akan dapat mengekalkan momentum pertumbuhan sekitar enam peratus setahun sehingga 2020.Menerusi dasar yang fleksibiliti dan sentiasa relevan dengan kehendak ekonomi semasa,kerajaan yakin dengan kemampuannya untuk mengurus tadbir ekonomi negara sekaligus menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi.

3.4  KESAN KEPADA AGIHAN KEKAYAAN.
Agihan kekayaan Negara akan lebih adil dan saksama apabila rakyat menikmati kadar pendapatan perkapita yang tinggi.Apabila pendapatan tinggi rakyat yang layak akan membayar cukai pendapatan mereka dengan senang hati.Pendapatan kerajaan dari hasil cukai ini akan terus meningkat dan seterusnya kerajaan akan mengagihkan pendapatan ini semula kepada mereka dalam bentuk pembangunan sosio-ekonomi,infrstruktur dan kebajikan-kebajikan rakyat secara keseluruhannya akan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat samada pembayar cukai ataupun mereka yang tidak perlu membayar cukai.

4.0    KESIMPULAN:

Sistem percukaian di Malaysia di bahagi kepada dua jenis iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung.Definisi ringkasnya cukai langsung ialah cukai yang dikenakan kepada orang yang wajib bayar dan beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain contohnya cukai pendapatan individu atau syarikat.Manakala cukai tidak langsung pula cukai yang beban pembayaran boleh di pindahkan kepada orang lain,contohnya cukai jualan dan perkhidmatan.Cukai langsung yang paling penting di Malaysia ialah cukai pendapatan individu ,malah di negara-negara maju lain juga begitu .Cukai pendapatan merupakan penyumbang terbesar kepada hasil kerajaan.Di Malaysia cukai pendapatan ini dikenakan kepada individu dan syarikat dan ianya berhubungan dengan pendapatan mereka.Di bawah ini di berikan contoh-contoh bagi cukai tersebut:








Sistem percukaian yang di kenakan ini terbahagi pula kepada tiga bentuk sebagaimana di terangkan dalam rajah dibawah

 :

Rajah di bawah ialah keluk yang menggambarkan bentuk-bentuk cukai yang telah diterangkan di atas iaitu (a) keluk cukai proposional iaitu kadar cukai tetap sama walaupun pendapatan individu berubah.GarisY pada semua rajah di bawah mewakili jumlah pendapatanindividu.keluk(b)cukai progresif .dimana kadar cukainya bertambah apabila pendapatan bertambah dan (c) ialah keluk regresif yangmana kadar cukai menurun walaupun pendapatan bertambah.(Hamzaid yahya,1990).





Cukai pendapatan individu ini memberi banyak kesan kepada pertumbuhan ekonomi ,pendapatan kerajaan,belanjawan Negara dan kesan agihan kekayaan negara.kesan ke atas ekonomi ialah sekiranya pendapatan individu meningkat,ekonomi dalam rumahtangga akan berkembang dengan baik .Pengguna yang berpendapatan tinggi ini akan terus membelanjakan pendapatan mereka untuk keperluan diri dan juga keluarga.Pertumbuhan pendapatan ini akan terus merangsang perkembangan ekonomi negara secara berterusan.Malah sekiranya pendapatan individu tinggi mereka juga tidak akan teragak-agak untuk melepaskan subsidi yang mereka terima selama ini.
 Sebagaimana yang di ketahui cukai pendapatan individu ini merupakan penyumbang yang terbesar kepada hasil pendapatan Negara pada setiap tahun.Sebarang pertumbuhan pada pendapatan individu akan memberi kesan yang besar kepada pendapatan kerajaan itu sendiri dimana apabila pendapatan kerajaan dari hasil cukai ini meningkat maka pelbagai pembangunan akan dapat dilakukan oleh kerajaan keatas rakyat samada pembangunan infrastruktur mahupun pembangunan sosial.          
Hasil pendapatan dari cukai individu ini juga turut memberi impak keatas perbelanjaan kerajaan  dimana perbelanjaan kerajaan akan mengalami defisit apabila jumlah kutipan dari hasil cukai ini tidak dapat menampung jumlah perbelanjaan kerajaan nanti.Sebaliknya jika kutipan dari hasil cukai pendapatan individu ini bertambah maka akan berlakulah pula belanjawan lebihan yang mana dalam keadaan ini rakyat akan mengalami kemakmuran sebagaimana yang sedang diusahakan oleh kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 nanti iaitu untuk mencapai tahap menjadi sebuah negara yang perpendapatan tinggi.
Pembahagian atau agihan kekayaan negara akan berlaku dengan adil dan saksama apabila semua mereka yang layak membayar cukai menunaikan tanggungjawab mereka untuk membayar cukai.Segala pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan itu akan dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan sosio-ekonomi dan juga pembangunan fizikalnya.

Ulasan

  1. Assalam..info yang awak berikan sangat membantu saya untuk buat assignment saya..tapi gambar rajah untuk info di atas tak keluar..boleh tak kalau saya nak dapatkan rajah tu?

    BalasPadam

Catat Ulasan