KEBAIKAN SUSU IBU MENGIKUT KAJIAN SAINTIFIK.



Semua orang tahu susu ibu mengandungi banyak khasiat dan kebaikan sama ada untuk bayi mahu pun ibu itu sendiri.Oleh itu anak-anak haruslah menghargai segala jasa dan jerit-perih ibu menghabiskan tempoh susuan untuk kita.Allahmengarah anak2 agar bersyukur kepada Nya dan kedua-dua ibubapa mereka lantaran kejayaan menyempurnakan tugas penyusuan ini.ana juga bersyukur kerana 3 dari 5 anak ana berjaya disusukan sepenuhnya dengan susu badan.Masa kawin dulu berat badan ana hanya 38kg namun ana bangga berjaya menyusukan anak sulung ana selama 6 bulan ,sesudah itu ana berhenti sebab ana belajar ambik sijil banking .dari lepas sekolah ana bekerja ,ana kena juga kerja walau kawen ana rimas duduk dirumahsbg suri rumahnamun ana ambik upah mengajar kelas iqra 3 sesi pagi,ptg,mlm ramai jugak yang hantar,banyak juga ana dapat,boleh beli itu ,ini tanpa harapkan duit laki.
            Dulu masa ana diperkenalkan kepada mak dan bapak mertua ana,mereka komen kt suami ana .lain-lain pas  Cuma kurus je ,nk bagi susu anak tak boleh.lepas boyfren ana cerita apa yg bapak dia komen tu ana sedikit terasalah apa nk buat dah pesen keturunan kita kurus2 bgini namun syukur alhamdulillah akulah sikurus yang bjaya menyusukan anak dgn susu badan tanpa masalah.antara 11 mennatu ana berdua yng memberi susu badan kt anak,biras ana yang sorang lagi tu takde la heran sbb badan beliau bagai yusni jaafar pastilah air susu byk tp susu ana pun cukup juga tanppa perlu mengurut.yang pasti nak menyusu mental dan fizikal mesti bersedia dan 
yakin diri.


Firman Allah dalam surah Luqman ayat 14 mengenai penyusuan :“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)..

Terdapat banyak faedah kepada  ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi .Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.


kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
Antara kajian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahunt yang lalu.
Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
1.Susu ibu merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah t:
2. ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.Tak perlu bangun membancuh mlm2 buta.
3.Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
4.Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. ygmana sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
5.Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”.Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan.Ana sertakan disini doa agar memperbanyakkan susu ibu.


6.. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
7. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
9.Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.Anak-anak cepat sembuh dari penyakit.
10. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizikal dan mental anak.
11. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Ana betul2 bersyukur kerana berjaya menyusukan ke 5 anak ana sebagaimana berikut:
1.Muhammad Luuqmanul Hakim.............................6 bulan
2.Muhammad Lutfi Haziq........................................2 thn 2 bln
3.Aqmar Najibah.....................................................5 thn
4.Ahmad Naqiuddin.................................................................8 bulan
5.Aqilah najwa.........................................................................4.5 tahun
Begitulah hebatnya kelebihan yang Allah berikan kepada  wanita yang bergelar IBU.Lantaran inilah Allah meletakkan ibu 3x dari darjat seorang bapa.Kepada ibu-ibu pula betulkah di telapak kaki kita ada syurga buat anak-anak,fikir-fikirkan lah.
Tak lupa ana titipkan cara-cara menyimpan susu badan supaya tahan lama dan sentiasa mencukupi.

Wallahu’alam bissowab.

Ulasan