40 KELEBIHAN WANITA

40 kelebihan wanita islam.

  1. Doa wanita lebih dimakbulkan daripada lelaki kerana sifat penyayang mereka.Sabda Rasulullah saw “ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
  2. Wanita solehah lebih baik daripada  70 lelaki solehah.
  3. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya ,pahalanya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah swt dan orang yang takut kan Allah akan diharamkan api neraka ke atasnya.
  4. Barang siapa yang membawa hadiah(barang makanan ke rumah),maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi Ismail a.s.
  5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku didalam syurga.
  6. Barangsiapa yangmempunyai 3 anak prm atau 3 saudara prm atau 2 anak prm atau 2 saudara prm,lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mrk dan mendidik mrk dengan penuh takwa serta bertgjwb,maka baginya adalah syurga.
  7. Daripada Aisyah r.a ”barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak prmnya,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
  8. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
  9. Apabila memanggil kedua orang ibu bapa mu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  10. Wanita yang berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka,maka terbuka lah pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu syurga tanpa dihisab.
  11. Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan dilaut,burung-burung dilangit,malaikat dilangit,matahari dan bulan,semuanya beristighfar baginya selama mana ia taat kepada suaminya,menjaga solat dan puasanya.
  12. Aisyah r.a berkata” aku bertanya rasulalla saw,siapakan yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda suaminya.Siapakah yang berhak kepada lelaki?jawab rasulallah saw,ibunya.”
  13. Perempuan apabila ia solat 5 waktu,puasa dibulan ramadan,memelihara kehormatan dan taat kepada suami ,maka masuklah ia kedalam syurga melalui pintu-pintu mana yang dikehendaki.
  14. Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(20,000 tahun).
  15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah swt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah swt.
  17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir anak dan disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberikan satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman ibu taidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit.maka Allah swt memberikan pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah swt.
  20. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali Allah swt.
  21. Seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.
  22. dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  24. wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan akan dapat pahala jihad.
  25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah swt dengan pandangan rahmat.
  26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar berjuang pada jalan Allah swt dan beliau menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun awal dari suaminya dan akan menjadi ketua 7000 malaikat dan bidadari dan wanita itu dimandikan didalam syurga,dan menunggu suaminya sambil menunggang kuda yang diperbuat daripada yakut.
  27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan di ampunkan oleh Allah swt seluruh dosa-dosanya dan bila dia menghibur anaknya maka Allah swt akan memberi pahala 12 tahun ibadat.
  28. Wanita yang memerah susu binatang dengan bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  29. Wanita  yang menguli tepung gandum dengan bismillah,Allah swt akan berkati rezekinya.
  30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
  31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan ibadat pada malam hari.
  32. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa manakala setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt mengurniakan satu pahala haji.
  33. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dianggap sebagai mati syahid.
  34. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  35. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 1/2  tahun,maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  36. Jika wanita memberi susu badanya kepada anak nya yang menangis,Allah swt akan memberi satu tahun pahala solat dan puasa.
  37. Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suaminya bila disuruh akan mendapat 7 tola perak.
  38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  40. Semua orang akan dipanggil melihat wajah Allah swt di akhirat kelak,tetapi Allah swt akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu pemakaian purdah didunia ini dengan istiqamah.


BERSYUKURLAH KERANA ALLAH SWT MENJADIKAN ANDA WANITA.....

Ulasan